Berita gembira yang kami terima dari Mahkamah Seremban 2 hari ini, di mana dakwaan ke atas Cikgu Azizan ditarik balik.

Alhamdulillah dan syukur tidak terhingga atas berita ini.

Di perkarangan Mahkamah hari ini juga kita dapat lihat himpunan guru yang hadir dari pelbagai negeri, biarpun tidak mengenali antara satu sama lain.

Terima kasih juga kepada NUTP yang berusaha berjuang untuk guru, terutama kes Cikgu Azizan ini.

Turut kelihatan Presiden Cuepacs, Datuk Azih Muda yang turut sama hadir memberi sokongan moral.