Guru Tidak Perlu Buat Kerja Perkeranian Mulai Januari

KUALA LUMPUR: Guru-guru di seluruh negara akan dikecualikan dari bebanan membuat tugas-tugas perkeranian selewat-selewatnya Januari 2019.

Foto Bernama: Dr Maslee Malik berswafoto dengan tetamu ketika Forum Peningkatan Standard Bahasa Melayu SJKC.

Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik, berkata langkah itu bagi memperkasa profesyen perguruan agar menumpukan kepada PdPc di dalam kelas.

Menurut beliau, rugilah jika kemahiran dan kepakaran guru tidak dioptimumkan bagi tujuan mengajar, sebaliknya dibebankan dengan tugas lain seperti perkeranian.

“Pegawai saya kini sedang berusaha sebaik mungkin mengkaji cara untuk meringankan beban guru yang akan dibentangkan kepada saya selewat-lewatnya pada Disember ini.

“Guru tidak perlu melakukan kerja perkeranian lagi,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Forum Peningkatan Standard Bahasa Melayu Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Peringkat Kebangsaan, di sini, hari ini.

“Saya mengimpikan supaya kita mengembalikan zaman kegemilangan guru. Generasi lama seperti saya, kami masih ada guru hero yang amat menyayangi kerjaya mereka.

“Guru sayang kita macam anak sendiri, bila mengajar, mereka benar-benar nak kita belajar dan berjaya. Kita kehilangan semua ini kerana guru hari ini dibebankan dengan kerja kerani.

“Kita akan ubah perkara ini dan kembalikan zaman kegemilangan guru. Ia akan dilaksanakan tidak lama lagi,” katanya

~ BHarian

Bagi guru-guru pula menyambut baik kenyataan Menteri Pendidikan ini, walaupun begitu tidak mahu meletakkan harapan yang terlalu tinggi. Kerana sudah cukup mengerti suasana di sekolah.

Bahkan ia juga pernah dikeutarakan sebelum-sebelum ini. Menurut pandangan dari seorang guru, bebenan tugas guru wujud apabila terlalu banyak program dan aktiviti, contohnya apabila ada program, nak kertas kerja, nak buku program, nak laporan, nak banner, nak data. Siapa yang buat semua ni? Mestilah cikgukan.

Kemudian ada pula kerja sama tetapi perlu diisi banyak tempat, seperti data murid. Online isi, offline isi, dan banyak tempat.

Itu tidak lagi mengambil kira jawatan dan tugas-tugas lain di sekolah, melatih murid, mengawal murid, menghantar murid, kelas tambahan, perkhemahan dan sebagainya.

Lebih menghairankan lagi, guru diarah untuk menghias mencantikkan persekitaran dan landskap sekolah. Bukan ke itu kerja tukang kebun ke.

Selain daripada itu, KPM juga perlu mengkaji semula penggunaan hari sabtu yang ‘dipaksa’ hadir ke sekolah. Jika hari sekolah pun sudah bekerja lebih masa, ditambah lagi kena datang sabtu, jika tidak datang kena pula surat amaran.

Kami berharap perkara ini betul-betul diteliti dan dikaji oleh KPM agar usah untuk melihat para guru fokus kepada kerja mengajar dapat dicapai.

 

3 thoughts on “Guru Tidak Perlu Buat Kerja Perkeranian Mulai Januari”

  1. Avatar
    Zuniah bt lateh

    Seronok baca info ni seperti ada orang yg akhirnya mendengar keluhan2 para guru. Cuma saya bimbang yg janji2 tu hanya janji2 kosong belaka.

  2. Nbos yg ditamatkan perkhidmatan yg sama sedang ditawarkan jawatan semula.
    Apa yg barunya?? Biasalahh.. ada nbos dulupon bukan cikgu boleh harapkan sepenuhnya..minta tolong masuk markah pon caca merba.. last..cikgu tak puashati.. takut silap.. buatlah sendiri juga…
    Yg rajin n energetik kita puji..yg macam siput pon ada..
    Apapon yg datang.. cikgu tetap teruskan hidup dgn redho. Pasrah giteww

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top