Home RPH Cara Menulis Aktiviti Dalam RPH Dengan Betul

Cara Menulis Aktiviti Dalam RPH Dengan Betul

31
3
RPH Abad 21

Bagaimana cara menulis RPH yang betul? Kita sering kali melihat gaya penulisan Rancangan Pengajaran Harian yang berbeza-beza, ada yang ringkas, ada yang terlalu padat dan ada yang mengikut format serta kehendak penulisan RPH Abad 21.

Di sini ingin dikongsikan cara menulis RPH, tetapi difokuskan di sini cara menulis aktivti. Panduan ini adalah hasil perkongsian asal dari Sisc Azura.

Printer Brother

Printer Brother yang boleh print depan belakang dengan mudah

Baju Tidur Perempuan Paling Murah

Baju Tidur Perempuan Paling Murah

Baju Kurung Kedah

Baju Kurung Kedah

Baju Kurung Murah

Baju Kurung Murah

Baju Kurung Widuri Cantik

Baju Kurung Widuri Cantik

Telefon Pintar Infinix 5G Murah

Telefon Pintar Infinix 5G Murah

Cara menulis aktiviti di dalam RPH

Aktiviti yang dirancang mestilah menunjukkan cara objektif dicapai.

Aktiviti mesti ditulis dengan jelas dalam bentuk ayat lengkap, dan bukan hanya menulis perkataan. Kesalahan yang berlaku adalah hanya menulis perkataan sahaja seperti:

  1. Soal jawab.
  2. Perbincangan
  3. Penerangan
  4. Latihan
  5. Sumbang saran

Sepatutnya aktiviti ditulis seperti berikut:

  1. Murid dan guru bersoal jawab tentang video yang ditonton.
  2. Murid dalam kumpulan meneroka maklumat daripada pelbagai sumber berdasarkan kad arahan.
  3. Wakil kumpulan membuat pembentangan.
  4. Murid dan guru membuat penambahbaikan dan penjelasan lanjut berserta soal jawab.
  5. Murid dalam kumpulan menyelesaikan masalah mengikut aras.
  6. Murid dan guru membuat semakan dan peneguhan.

___________

Ya, apabila kita menulis dalam bentuk ayat barulah jelas, apa aktiviti yang hendak kita lakukan. kalau sekadar menulis soal jawab atau pebincangan, kita juga tidak jelas kaedah bagaimana yang digunakan.

Rancangan Pengajaran Harian

Dikongsikan juga di sini, perkara yang perlu ada di dalam RPH Abad 21, ini antara contoh yang disarankan mungkin ada yang berbeza dan lebih ringkas daripada yang ini.

CONTOH ITEM DI DALAM RPH ABAD 21
Minggu/ Tarikh/ Hari Kelas/ Masa/ Mata Pelajaran
Bidang Pembelajaran Objektif/ Kriteria Kejayaan
Aktiviti ABM/ BBM
Elemen Merentas Kurikulum Tahap Pemikiran/ KBAT
Peta Pemikiran ITHINK Penilaian Pengajaran dan Pembelajaran
Tahap Penguasaan Penilaian
Impak/ Refleksi Kehadiran

Item ini mungkin tidak sama bagi semua subjek, sekiranya Panitia anda telah tetapkan contoh RPH tersendiri terpulanglah pada saranan Jurulatih Utama atau PPD di tempat anda.

Berbalik semula kepada aktiviti yang boleh dilaksanakan di dalam PA 21, sebenarnya terdapat pelbagai aktiviti yang boleh kita tulis, namun begitu tidak semua yang ditulis di RPH mampu diterjemahkan semasa PdPc. Ini berikutan kerana terdapat beberapa faktor yang tidak dapat dielakkan seperti kekangan masa, ingin mengejar silibus, masalah murid belum menguasai topik lepas, belum mahir membaca dan sebagainya.

Walaubagaimanapun kita percaya guru sangat memahami murid-murid mereka, kata orang kita sahaja kenal murid kita, kita tahu masalah mereka.

Apapun kaedah atau cara aktiviti kita lakukan yang penting murid dapat faham dan menguasai topik, serta mencapai objektif pembelajaran. Jangan lupa rujuk Borang Standard 4 sebagai panduan melihat kriteria yang diperlukan dalam pencerapan Pdp Abad 21.

3 COMMENTS

  1. Secara terperinci seperti yg dipelajari sms di maktab perguruan. Jadi tolong kurangkan tugas mengisi borang dan fail supaya persediaan yg terperinci sebegini dapat disediakan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here