RPH merupakan dokumen penting yang perlu disediakan setiap guru sebelum masuk ke dalam kelas untuk memulakan PdPc.

Penyediaan RPH juga sebenarnya boleh disediakan dalam apa jua bentuk, seperti menggunakan Buku Rekod Mengajar, Fail, dan juga eRPH secara online.

Dikongsikan di sini Rancangan Pengajaran Harian RPH Sains Tahun 5 KSSR untuk kegunaan guru-guru.

Kepada yang berminat untuk mendapatkannya bolehlah ke pautan berikut:

Versi 1

Versi 2

Untuk Versi 1 RPH tersebut adalah dalam versi Google Sheets di dalam Google Drive. Ia telah dihasilakan oleh Kumpulan eDidik Malaysia, pembuat data dari kumpulan Telegram @erphMalaysia yang telah diasaskan oleh Dr. Saga.

Jika sekolah anda menggunakan eRPH dalam menulis rancangan pengajaran anda boleh mengaplikasikan kaedah ini. Rujuk panduan menggunakan eRPH di sini: Panduan Setup eRPH

Namun jika sekolah anda masih lagi menggunakan sistem fail ‘hardcopy’, anda boleh print seperti biasa. Untuk edit atau membuat kemaskini maklumat sekolah dan kelas anda boleh ikut panduan di bawah:

  • Login Google Drive anda menggunakan emel anda.
  • Buka link Versi 1 di atas tadi.
  • Pergi ke File – Make a Copy – Save dalam Google Drive anda
  • Kini ia telah berada di Drive anda, anda boleh edit untuk memasukkan data seperti sekolah, kelas dan masa.
  • Anda juga boleh tambah Standard Pembelajaran / Objektif, aktiviti dan lain-lain yang mahu dicapai berdasarkan keperluan murid dan kelas anda.
  • Segala perbincangan berkenaan m-sims atau eRPH atau yang berkaitan dengan pengurusan data boleh ke telegram t.me/erphMalaysia

RPH ini diberikan secara percuma, ia bukan untuk dijual. Biarpun anda telah membuat perubahan dari segi data atau tapaknya.

Ia berdasarkan RPT yang telah dibina berdasarkan DSKP dari Kementerian Pendidikan Malaysia.

Admin juga akan mengemaskini RPH Versi lain yang mungkin dapat membantu rakan-rakan guru untuk menggunakannya. Sekiranya anda mempunyai RPH yang ingin dikongsikan kepada semua bolehlah menghantarnya ke pendidik2u.

Terima kasih kepada guru-guru pembuat data yang telah menyediakan RPH Sains Tahun 5 ini, semoga segala usaha dan sumbangan mereka diberi ganjaran dan limpahan rezeki yang luas.

Sekiranya anda ingin melihat RPH untuk subjek dan tahun lain boleh ke: Koleksi RPH