Home info YB Fadlina Sidek Perjelas Kriteria Pemilihan Barisan MPPK

YB Fadlina Sidek Perjelas Kriteria Pemilihan Barisan MPPK

15
0

Pagi ini saya bertemu dengan YBhg Datuk Dr Amin Senin, Pengerusi Majlis Penasihat Pendidikan Kebangsaan 2023-2025 yang baru sahaja dilantik bagi membincangkan beberapa perkara berbangkit dan berkaitan dengan isu pendidikan negara.

Barisan MPPK kali ini, saya pilih dengan memberikan keutamaan kepada beberapa kriteria. Yang pertama, enam daripada sembilan ahli MPPK ini dipilih dalam kalangan mereka yang berlatar belakangkan profesion keguruan. 

Printer Brother

Printer Brother yang boleh print depan belakang dengan mudah

Baju Tidur Perempuan Paling Murah

Baju Tidur Perempuan Paling Murah

Baju Kurung Kedah

Baju Kurung Kedah

Baju Kurung Murah

Baju Kurung Murah

Baju Kurung Widuri Cantik

Baju Kurung Widuri Cantik

Telefon Pintar Infinix 5G Murah

Telefon Pintar Infinix 5G Murah

Kedua, pengerusi MPPK dipilih dalam kalangan mantan Ketua Pengarah Pendidikan. Hal ini penting bagi memastikan nasihat yang dikemukakan pasukan ini kelak, selari dengan dasar-dasar pendidikan kebangsaan, selain memahami dengan mendalam selok-belok, kerumitan dan kompleksiti kementerian terbesar di Malaysia ini. 

Ketiga, suka juga saya tekankan bahawa kriteria pemilihan kesemua ahli MPPK ini bukan berasaskan faktor bangsa tetapi atas dasar profesionalisme dan kepakaran tokoh-tokoh terbabit yang diperlukan ketika ini.

Ahli majlis MPPK yang telah diumumkan akan mewujudkan jawatankuasa yang melibatkan setiap komposisi kaum, masyarakat orang asli, golongan rentan seperti OKU, pemegang taruh pendidikan dan juga wakil pemimpin pelajar. 

KPM juga mengalu-alukan setiap maklum balas dan wakil NGO/komuniti yang ingin memberikan cadangan penambahbaikan pendidikan terutamanya terkait dengan murid, guru dan sekolah. 

Kami juga telah mengaturkan ruang konsultansi dengan kumpulan yang memperjuangkan kebajikan semua pemegang taruh.

Saya dan Timbalan Menteri juga akan bekerjasama erat dengan agensi-agensi yang membawa suara setiap masyarakat dari pelbagai kaum agar isu pendidikan negara dapat diangkat pada tahap optimum.

Untuk itu, sebagai tindakan segera dan arahan pertama, saya arahkan laporan sulung MPPK adalah untuk memberikan perhatian kepada teras yang sering saya tegaskan berkali-kali, iaitu hal berkaitan beban tugas dan kebajikan guru. Dan saya mahu laporan tersebut di atas meja saya sebelum pertengahan bulan hadapan.

Selamat bertugas saya ucapkan buat ahli MPPK sesi 2023-2025!

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here