Semalam pada Majlis Amanat Tahun Baharu 2023 Menteri Pendidikan, YB Fadhlina Sidek telah mengumumkan dan menyampaikan watikah kepada Ahli Majlis Penasihat Pendidikan Kebangsaan (MPPK) sesi 2023-2025.
Boleh tonton semula amanat di: Amanat Menteri Pendidikan 2023
Lantikan ini selari dengan Akta Pendidikan 1996 [Akta 550]. MPPK akan menjadi penasihat kepada menteri dalam beberapa hal yang menjadi keutamaan dalam menerajui KPM.
Tugasan pertama yang perlu dilaksanakan oleh MPPK yang dipengerusikan oleh Datuk Dr Amin Senin adalah berkaitan beban guru yang sentiasa menjadi unjuran keutamaan.
Kepada semua ahli MPPK, diucapkan Selamat Bertugas!