Satu dua hari ni, sempat la buat kerja baca-baca sikit, adjust-adjust sikit, Eh, apa-apalah yang patut.

So, ada lah sorg lecturer UTM ni, dia ada tulis bahan pengajaran untuk student dia (www.fke.utm.my/nadzir/courses/MKEU0013/notes/MKEU0013-Booklet-v3.pdf). Dalam tu, ada tertulis tentang definisi nak menafsirkan tahap kajian/penyelidikan seseorang ni, macam ni, secara lazimnya lah.

Menurut sumber beliau:
Doctorate – ada kapasiti untuk mengaplikasikan kemahiran menyelidik yang terkhusus dalam satu bidang dan akhirnya akan hasilkan sesuatu yang novel terhadap perkembangan pengetahuan. Ianya, very specific knowledge.

Masters – ada dan mampu untuk menggunapakai kemahiran menyelidik dan disulami pula dengan insights dia sendiri. Fokus pada waktu ni ialah develp critical thinking.

Bachelor – Ada la sikit kemahiran asas gitu dalam bidang yang sedang diteroka. Ianya broad knowledge. Lazimnya juga dipanggil First Degree.

Sebab tulah, adanya istilah report, disertasi dan thesis. Kalau mmg betul2 research, dinamakan thesis. Kalau ada mixed research dgn aplikasi pengetahuan, kita panggil disertasi.

Kalau setakat baru buat first degree tu, mmg namanya report ajela. Dan untuk menghasilkan disertasi dan thesis mcm tu, ada kerja yang kena dilakukan.

Atas sebab itu juga la, sepatutnya orang yang sambung belajar buat scholarly research on Masters/PhD ni tak sepatutnya dilabelkan sebagai student. Researcher is the best term for them.

Tapi takpe. Tu cerita sembang kari je,

Cerita betulnya.

Dalam dunia moden dan sofistikated ni, memang ada keperluan untuk setiap individu memiliki tahap pengajian yang tinggi. Sebaiknya Bachelor Degree, atau setidak-tidaknya, ada Diploma atau kalayakan lain yang setaraf seperti STPM.

Dengan pemilikan ijazah ini, akan membolehkan kita untuk meneroka peluang kerjaya yang lebih baik. Tak perlu pun sampai nak jadi penyelidik buat Masters/PhD bagai.

Melainkan memang ada yang nak dikejarkan, atau mmg nak jadi pensyarah Universiti dan ingin menyumbang novelty di dalam dunia pengetahuan, berbaloi la buat Masters/PhD ni.

Kenapa perlu kepada Ijazah/Diploma ni?

Sebabnya ialah. Orang tahu yang kita sudah melalui satu proses pendidikan yang munasabah, dilengkapi dengan pengetahuan yang wajar, dan juga telah menerima proses pembelajaran kehidupan sepanjang 3-4 tahun di institut pengajian tertiari (Tambah la setengah hingga setahun kalau extend! Hahaha).

Mungkin nanti akan ada lah orang bagi ceramah motivasi; “ tak perlu pun degree ni, abg dulu SPM je, boleh gak jadi jutawan” atau anything yang sama maksud.

Kalian. Sila starlight dahi masing2. Untuk pep talk just nak bg semangat, boleh lah cakap macm tu,


ADA PERNIAGAAN / PRODUK YANG NAK DIHEBAHKAN? IKLAN DI SINI


Tapi, in reality…

Cuba semak top gun dari big corporations. Contohnya, Ex CEO CIMB yang sekarang jadi Menteri Kewangan, korang ingat dia level SPM? First degreenya ialah Akaun dan Ekonomi dari United Kingdom tahu?

Kalau rajin sikit, boleh lah tengok tahap pendidikan those senior managers kat dunia korporat. Ternyata, memang tahap pendidikan yang tinggi belaka.

Atau kalau kakitangan awam. Super top gun ialah KSN dan first degree beliau ialah Ekonomi dari UKM. Siap ada second degree lagi, MBA dari Singapura.

Tanpa merendahkan orang yang tak ada pendidikan tinggi, iya, ada juga yang mungkin sekadar SPM atau UPSR even. Tapi, saya percaya mereka nak tahap pendidikan yang tinggi untuk anak-anak mereka.

Baru la konfiden sikit nak ambil alih syarikat kan? Contohnya, mendiang Lim Goh Tong pengasas Genting. Mendiang mungkin la tak belajar tinggi sebab dia datang Malaya masa tu umur 16 tahun, pastu buat kerja-kerja buruh dan macam-macam lagi.

Lepas dia meninggal, anak dia yang skang ni jadi Chairman Genting, Lim Kok Thay namanya, bukannya sekadar school leavers. Member ada degree dalam Kejuruteraan Awam dari London dude.

Eh! Megah Holding pun buat macam tu la. Hantar anak gi obersi, balik suruh takeover kompeni papa ape?! ;-p

Tapi, jangan lah sedih kalau tak berpeluang mendapat pendidikan tinggi. Yang penting, akhlaq dan budi pekertinya baik. Apalah guna pendidikan tinggi sekalipun kalau sikap kita dgn org lain, tak baik?

So, kisahnya kat sini. Tak lama lagi tarikh tutup UPU Online akan tiba. Tak tahu la kalau Kemasukan BPKP JPT – FB rasmi UPU extend sempena musim penyakit ni. Keputusan SPM/STPM pun dah dapat.

Apa pun keputusan, yang dah lepas tu, lepas la. Fokus untuk next! Kelak samada dapat universiti dan bidang yang di mohon atau tak dapat, tapi dapat program yang tak minat, Alhamdulillah.

Just ride the wave and enjoy the process untuk dapat degree/diploma even sijil pun.

Those assignments, group works, aktiviti koko, sukan MASUM etc akan jadi proses pembelajaran yang hebat. InshaAllah, pintu kareer dan keusahawanan masih banyak terbuka di luar sana selepas itu.

Apapun, kalau Malaysia nak jadi negara maju, kita mestilah ada tenaga kerja dan usahaniaga yang munasabah tinggi tahap pendidikannya.

All the best!

p/s: Hurmm. Kalau tengok balik my Final Year Project masa buat degree dulu.. Adei! Rasa nak simpan je dalam almari jangan kasi keluar! Wakakakaa

http://upu.moe.gov.my/web

(apaklah panjangnya entri ni! Hoho)

Artikel Oleh: Faizul Amin Anuar