IKLAN KEKOSONGAN JAWATAN PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN (KAUNSELOR) DI BAHAGIAN PSIKOLOGI DAN KAUNSELING, INSTITUT PENDIDIKAN GURU DAN KOLEJ MATRIKULASI KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
YBhg. Datuk/ Dato’/ Datin/ Dr./Tuan/Puan,
Dengan segala hormatnya dimaklumkan bahawa saya ingin menarik perhatian pihak YBhg. Datuk/Dato’/Datin/Dr./ Tuan/ Puan mengenai perkara di atas.
- Sukacita dimaklumkan bahawa terdapat kekosongan jawatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (Kaunselor) seperti maklumat berikut:
Bil. |
Agensi/ Jabatan |
Jawatan / Gred |
Bilangan kekosongan |
1. |
Bahagian Psikologi dan Kaunseling |
Kaunselor DG41/44/48 |
4 |
2. |
Kolej-kolej Matrikulasi,KPM · Tertakluk kepada butiran waran perjawatan yang berkuatkuasa terkini |
Kaunselor /DG41/ DG 44(Terbuka) |
11 |
3. |
Institut Pendidikan Guru Kampus (IPGK), KPM · Tertakluk kepada butiran waran perjawatan yang berkuatkuasa terkini |
Pegawai Kaunseling / DG41/ DG44 (Terbuka) |
9 |
- Sehubungan itu, Bahagian ini mempelawa pegawai-pegawai yang berminat dan berkelayakan di bawah pentadbiran pihak YBhg.Datuk/ Dato’/ Datin/ Dr./Tuan/ Puan bagi mengemukakan permohonan untuk disaring dan ditemuduga sebelum dilantik mengisi kekosongan jawatan tersebut. Bersama-sama ini disertakan maklumat terperinci mengenai kekosongan jawatan berkaitan:
- Iklan kekosongan jawatan seperti di Lampiran A; dan
- Borang permohonan BPsK/001/02B seperti di Lampiran B.
- Adalah diharapkan pihak YBhg.Datuk/Dato’/Datin/Dr/tuan/puan dapat menghebahkan pelawaan ini kepada semua pegawai yang berkelayakan di bawah pentadbiran pihak YBhg. Datuk/Dato’/Datin/Dr./tuan/puan. Borang permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah dikemukakan sebelum atau pada 6 Ogos 2019 ke alamat berikut:
Setiausaha Bahagian
Bahagian Psikologi dan Kaunseling
Kementerian Pendidikan Malaysia
Aras 1, Blok E9, Kompleks E,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62604 Putrajaya
(u.p.: Unit Pentadbiran & Kewangan)
- Sekiranya pihak YBhg.Datuk/Dato’/Dr./tuan/puan mempunyai sebarang pertanyaan berhubung perkara ini, pegawai pihak YBhg.Datuk/Dato’/Dr/tuan/puan boleh menghubungi pegawai-pegawai di bawah:
- Puan Salwani binti Shamsuddin : 03-8872 1682
- Puan Siti Zahirah binti Abu Bakar : 03-8872 1705
Perhatian dan kerjasama pihak YBhg.Datuk/Dato’/Datin/Dr./tuan/puan berikan amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.
Sekian.
Bahagian Psikologi dan Kaunseling
Kementerian Pendidikan Malaysia