Tulisan Jawi pada masa kini diajar di dalam Subjek Pendidikan Islam bermula dari Tahun 1 lagi, dan turut diajar di peringkat Prasekolah.

Buku Teks Pendidikan Islam juga telah menggunakan tulisan jawi sepenuhnya sejak KBSR lagi, dan ia diteruskan sehingga KSSR Semakan.

Manakala Seni Penulisan Khat juga telah diajar dalam subjek Pelajaran Jawi sekolah rendah di Tahun 4,5,6 untuk KSSR dan ia duduk dalam Mata Pelajaran Pendidikan Islam

Difahamkan pada tahun hadapan, seni khat akan dimasukkan sebagai sebahagian sukatan mata pelajaran Bahasa Melayu Tahun Empat KSSR Semakan di SK, SJKC dan SJKT.

Kementerian Pendidikan Malaysia dalam satu kenyataan Khamis lalu menjelaskan pengenalan tulisan khat adalah untuk memupuk gaya penulisan yang indah, Tulisan Khat ini juga tidak dinilai di dalam pentaksiran. Pembelajaran seni tulis ini menekankan aspek seni tulisan yang mengutamakan nilai estetika.

Walaubagaimanapun, perkara ini mendapat tentangan dari beberapa pihak lain yang tidak bersetuju memasukkannya ke dalam subjek Bahasa Melayu.

Pada pandangan anda, adakah anda bersetuju Tulisan Khat dimasukkan dalam Subjek Bahasa Melayu bagi semua sekolah sebagai langkah untuk menerapkan nilai keindahan, serta keseronokan dalam aktiviti PdPc?

Coming Soon
Adakah anda bersetuju Tulisan Khat dimasukkan dalam Subjek Bahasa Melayu bagi semua sekolah sebagai langkah untuk menerapkan nilai keindahan, serta keseronokan dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran?