Sains merupakan subjek yang penting di dalam UPSR, dan ia memerlukan pembacaan dan latihan menjawab soalan. Teknik untuk menjawab soalan Sains juga perlu dikuasai setiap murid.
Dikongsikan di sini Soalan Ramalan Sains UPSR 2017 untuk pecutan terakhir murid-murid.
BIL | TAJUK | RAMALAN SOALAN |
1 | Tenaga | Jenis-jenis tenaga yang boleh diperbaharui dan tidak boleh diperbaharui |
2 | Pengawetan Makanan | Jenis-jenis pengawetan |
3 | Mikroorganisma | Cara mencegah penyakit berjangkit |
4 | Fasa-fasa bulan | Melukis fasa-fasa bulan |
5 | Kemandirian Spesis | Cara haiwan an tumbuhan melindungi diri dari musuh dan cuaca melampau |
6 | Proses Hidup Manusia | Pernafasan, perkumuhan, penyahtinjaan.
Tabiat buruk yang menggangu proses hidup manusia (merokok, minum arak, dadah) |
7 | Magnet | Jenis-jenis magnet, bahan bukan magnet dan magnet |
8 | Sifat Bahan | Sumber asas bahan, ciri-ciri bahan, konduktor dan penebat haba, kalis air keupayaan terapung, tenggelam |
9 | Haba (Pengecutan dan Pengembangan | Prinsip pengembangan dan pengecutan |
10 | Daya | Kesan-kesan daya, daya geseran, fungsi kapur magnesium karbonat |
11 | Kestabilan dan Kekuatan | Faktor kestabilan, faktor kekuatan struktur |
12 | Elektrik | Jenis-jenis litar |
13 | Penyerapan | Bahan yang menyerap dan tidak menyerap air |
14 | Fotosintesis | Semua |
15 | Bahan Buangan | Bahan buangan terbiodegradasi dan tidak terbiodegradasi |
16 | Interaksi antara Spesis | persaingan |
17 | Kegigian | Gigi susu dan gigi kekal, fungsi gigi taring, kacip , geraham, jangka hayat gigi. |
18 | Proses Hidup Tumbuhan | Cara pembiakan tumbuhan, ciri-ciri tumbuhan, habitat bagi tumbuhan. |
Selain daripada itu, murid-murid juga boleh mengulangkaji nota ulangkaji ekspress sains ini:
Semoga perkongsian ini dapat membantu anak-anak anda yang akan menduduki Kertas Soalan UPSR Sains 2017 pada 14 September 2017.