Ujian Kemasukan Sekolah Berasrama Penuh UKSBP adalah satu ujian saringan yang dilaksanakan kepada murid yang terpilih sebagai salah satu syarat kemasukan ke SBP. UKSBP akan dirintis untuk ambilan Tahun 2018.

Apakah kesan UKSBP kepada peluang murid untuk ditawarkan ke SBP?

  • Murid yang berjaya dalam UKSBP akan mempunyai peluang cerah untuk ke SBP.

Adakah murid yang tidak berjaya/tidak menduduki UKSBP masih berpeluang untuk ditawarkan ke SBP?

  • Murid yang tidak mengambil/tidak menduduki UKSBP berkemungkinan akan dipertimbangkan untuk kemasukan ke SBP bagi ambilan berikutnya. Walaubagaimanapun keutamaan akan diberikan kepada murid yang telah menduduki UKSBP terlebih dahulu.

Semakan Pusat Ujian Kemasukan ke SBP (UKSBP) boleh dibuat pada ketetapan berikut:

Semakan UKSBP boleh dibuat pada ketetapan berikut:
TARIKH  30 NOVEMBER 2017
LAMAN WEB SEMAKAN:
https://sst1.moe.gov.my

Bilakah keputusan pemilihan dan penempatan ke SBP dapat diketahui?


ADA PERNIAGAAN / PRODUK YANG NAK DIHEBAHKAN? IKLAN DI SINI


  • Keputusan pemilihan dan penempatan ke Tingkatan Satu SBP diumumkan selewat-lewatnya 29 Disember 2017.
  • Keputusan pemilihan dan penempatan ke Tingkatan Empat SBP diumumkan selewatlewatnya 19 Januari 2018.

Adakah murid yang tidak memohon pada tarikh yang ditetapkan masih berpeluang ke SBP?

  • Murid yang tidak membuat permohonan secara online dan terlepas memohon pada tarikh yang ditetapkan tidak akan dipertimbangkan dalam pemilihan ambilan pertama.
  • Murid boleh membuat permohonan apabila e-Rayuan dibuka.

Bilakah e-Rayuan SBP dibuka?

Rayuan mula dibuka pada ketetapan berikut:
29 Disember 2017 – 16 Januari 2018

Bagaimanakah mengisi permohonan e-Rayuan secara online dan cara menyemak e-Rayuan?

Calon yang telah membuat permohonan dalam talian tetapi Tidak Berjaya dan calon yang tidak pernah membuat permohonan dalam talian tetapi ingin memohon:

  1. Masuk ke laman sesawang: https://sst1.moe.gov.my / https://sst4.moe.gov.my
  2. Klik semakan ke SBP Tingkatan 1 atau Tingkatan 4.
  3. Masukkan angka giliran UPSR/PT3.
  4. Masukkan maklumat yang diminta dalam ruangan catatan.
  5. Klik pada e-rayuan.
  6. Hantar.

Apa yang perlu dibuat sekiranya murid berjaya mendapat tempat di SBP?

  • Murid yang berjaya perlu mencetak surat tawaran dan lampiran yang disertakan.
  • Kesemua lampiran perlu diisi dengan lengkap dan diserahkan kepada pihak sekolah semasa hari pendaftaran.
  • Sekiranya maklumat tidak lengkap/tidak benar, pihak sekolah berhak untuk tidak mendaftarkan/menolak pendaftaran tersebut.