Home info Sistem Pendaftaran Atas Talian SPATKPM (Pendaftaran Tahun 1)

Sistem Pendaftaran Atas Talian SPATKPM (Pendaftaran Tahun 1)

89
8
SPATKPM

Sudahkah anda membuat Permohonan Pendaftaran Tahun 1 anak anda? Bagaimana cara nak daftar darjah 1 secara online?

Pendaftaran Tahun 1 bagi sesi 2022 dan 2023

PENDAFTARAN MURID TAHUN 1 SESI 2022/2023

Printer Brother

Printer Brother yang boleh print depan belakang dengan mudah

Baju Tidur Perempuan Paling Murah

Baju Tidur Perempuan Paling Murah

Baju Kurung Kedah

Baju Kurung Kedah

Baju Kurung Murah

Baju Kurung Murah

Baju Kurung Widuri Cantik

Baju Kurung Widuri Cantik

Telefon Pintar Infinix 5G Murah

Telefon Pintar Infinix 5G Murah

📌Kanak- kanak yang terlibat untuk sesi 2022 : Lahir pada 2.1. 2015 – 1.1.2016
📌Kanak- kanak yang terlibat untuk sesi 2023 : Lahir pada  2.1.2016 – 1.1.2017

📌Permohonan dibuka pada 1 MAC 2021 – 30 APRIL 2021

Sekiranya anda merupakan ibu bapa atau penjaga yang mempunyai anak berusia 6 tahun, anda haruslah mengambil tahu tentang apa itu Sistem Pendaftaran Atas Talian KPM (SPATKPM).

SPATKPM merupakan laman web yang disediakan khusus kepada ibu bapa atau penjaga bagi melakukan transaksi berkaitan permohonan kemasukan murid ke darjah satu (1) dan ke sekolah kawalan. Sistem ini dikendalikan sepenuhnya di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

Selain itu, anda juga boleh kemaskini untuk masa akan datang terutamanya untuk mengemaskini jumlah pendapatan, jumlah tanggungan, maklumat keaihatan dan sebagainya.

Ia penting terutamanya untuk guru melihat jumlah pendapatan terkini dan tanggungan keluarga bagi memohon bantuan seperti RMT, KWAPM, OKU, Bantuan Awal Persekolahan, Zakat dan sebagainya

Sistem ini dibangunkan dengan tujuan memudahkan ibu bapa atau penjaga mendaftar anak masing-masing ke sekolah rendah. Jadi, anda tidak lagi perlu ke sekolah untuk membuat pendaftaran secara manual.

Mudahkan?

Cara Membuat Permohonan Kemasukan Darjah Satu

Sebelum membuat permohonan kemasukan Darjah Satu, ibu bapa atau penjaga haruslah mendaftar akaun sendiri sebagai pengguna pertama kali.

Pendaftaran akaun boleh dibuat dengan langkah-langkah seperti berikut:

1.    Log masuk ke laman web SATPKPM. Link : https://public.moe.gov.my/
Di ruangan Daftar masuk, tekan butang : Pengguna Baru
daftar tahun 1 online

2.    Anda dikehendaki mengisi semua maklumat yang diperlukan di dalam borang Daftar Pengguna. Pastikan anda memasukkan maklumat yang betul.

Maklumat yang perlu diisi adalah seperti berikut:

  • Nama Penuh
  • Nombor Mykad
  • Nombor Telefon
  • Alamat Email
  • Kata Laluan
  • Soalan dan Jawapan Keselamatan
  • Pengesahan Kod

3. Setelah selesai mengisi borang elektronik, anda boleh menekan butang : Daftar.

Setelah pendaftaran akaun pengguna berjaya dilakukan, anda boleh mula membuat permohonan kemasukan darjah satu atau kemasukan ke sekolah kawalan.

­Pendaftaran Tahun Satu Ambilan 2021 dan 2022

Pendaftaran dibuka: 1 Mac hingga 30 April 2020

­Setelah berjaya mendaftar sebagai pengguna, anda boleh log masuk ke dalam sistem ini dengan menggunakan ID dan kata laluan yang disediakan.

Seterusnya, klik butang tahun satu untuk pendaftaran pelajar atau memuat semakan keputusan bagi yang telah memohon.

Terlupa Kata Laluan

Bagi ibu bapa dan penjaga yang terlupa kata laluan atau ID, anda boleh mendapatkannya melalui dua cara.

  1. Melalui email
  2. Melalui Soalan Keselamatan

­ Anda perlu memilih butang Lupa Katalaluan di ruangan berikut:

Setelah memilih kata laluan anda boleh memilih salah satu cara semakan kata laluan yang disediakan.

Jika anda memilih semakan melalui emel, anda akan menerima kata laluan yang didaftarkan melalui email.

Manakala, jika memilih semakan melalui Soalan Keselamatan, anda perlu menekan butang Soalan Keselamatan dan memasukkan Nombor Mykad dan menjawab soalan tersebut dengan betul.

Setelah itu, anda akan menerima paparan Kata Laluan melalui satu popup khas.

Pertanyaan

Sebarang pertanyaan atau masalah berkenaan dengan pemilihan sekolah, pendaftaran akaun pengguna dan perkara-perkara berkaitan boleh dibuat dengan menghubungi Pegawai E-Daftar Rendah mengikut negeri kelahiran anak masing-masing.

Senarai nombor telefon pegawai-pegawai tersebut bole didapati di link berikut: https://public.moe.gov.my/?kpm=hubungi

Semoga dengan info dan maklumat ini dapat memudahkan anda, khususnya yang ingin mendaftarkan anak mereka ke tahun 1 secara online.

8 COMMENTS

  1. saya daftar anak saya ke sekaloh la salleh sentul masalah saya email lama saya tak fungi cara untuk dapat kan jawapan dari sekolah macam mana yang saya hantar email baru saya terima kasih

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here