Ramai yang bertanya, apakah status sesi persekolahan di Pasir Gudang pada hari esok 17 Mac 2019 (Ahad).

Buat masa ini kita masih lagi berpegang kepada Siaran Media yang sebelum ini, iaitu semua sekolah di dalam daerah PPD Pasir Gudang akan ditutup pada 14 Mac 2019 sehingga tarikh yang akan diberitahu kelak.

Setakat ini belum ada apa-apa makluman yang mengatakan sekolah telah dibuka.


ADA PERNIAGAAN / PRODUK YANG NAK DIHEBAHKAN? IKLAN DI SINI


Hasil tinjauan juga mendapati guru-guru telah mula bergerak keluar dari Pasir Gudang seawal hari khamis lagi.

Proses pembersihan sisi kimia di Sungai Kim Kim masih giat dijalankan. Kita berharap keadaan di Pasir Gudang dapat segera dipulihkan.

Berdasarkan takwim, sekolah akan bercuti pertengahan penggal pertama selama seminggu minggu hadapan bermula 22-30 Mac 2019.