Program Genius Negara merupakan salah satu program di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia. Ia merupakan Program Asuhan dan Didikan Awal Kanak-kanak yang holistik dan menyeluruh.

Program ini menggunakan kurikulum yang mengintegrasikan secara bersepadu asas asuhan lengkap dan asas didikan awal yang holistik.

Pedagogi yang digunakan adalah belajar melalui bermain. Ia mampu meningkatkan tahap pemikiran kanak-kanak tanpa memberi tekanan kepada mereka.

Menggunakan Konsep 3E iaitu meneroka, mengeksperimen dan mengalami (Exploring, Experimenting, and Experiencing)

Semua tenaga pengajar juga adalah dari kalangan mereka yang berkelayakan.

Permohonan Untuk Menyertai Program Genius Negara

Syarat-syarat Kelayakan:

  1. Warganegara Malaysia (Anak)
  2. Berumur 4 tahun ke bawah.
  3. Keutamaan kepada ibu-bapa yang mempunyai pendapatan isi rumah di bawah RM4000 sebulan.

Senarai Dokumen Yang Diperlukan Untuk Memohon:

  1. Salinan surat beranak anak
  2. Salinan Mykid anak
  3. Salinan rekod kesihatan anak (muka hadapan dan rekod vaksin)
  4. Salinan kad pengenalan ibu bapa/ penjaga yang disahkan
  5. Salinan Pendapatan ibu bapa/penjaga yang disahkan
  6. Surat pendapatan ibu bapa/penjaga yang disahkan (Sekiranya bekerja sendiri)
  7. Surat pengesahan tidak bekerja ibu bapa/penjaga yang disahkan

*Pengesahan pendapatan hanya boleh dibuat oleh Pegawai Kelas A (Profesional dan Pengurusan), Ketua Kampung & Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK)


ADA PERNIAGAAN / PRODUK YANG NAK DIHEBAHKAN? IKLAN DI SINI


GENIUS KPM

Cara Memohon:

Muat Turun Dokumen Berikut:

Tarikh Tutup Permohonan:

  • 30 September 2020

Sila kemukakan borang ke:

Bahagian GENIUS
Kementerian Pendidikan Malaysia
Aras 3, Blok Podium
Menara Usahawan, Persiaran Perdana
Presint 2, 62652
WP. Putrajaya

Senarai Pusat Anak Genius Negara

senarai pagn 2020

Sebarang pertanyaan boleh menghubungi: 03 8880 5151