Cuti Rehat merupakan salah satu kelebihan yang ada bagi penjawat awam, walaupun ianya kadangkala menjadi isu perdebatan sesetengah pihak sama ada ia hak penjawat awam atau bergantung kepada budi bicara ketua jabatan. Namun begitu ia tetap penting bagi kakitangan kerajaan, terutamanya apabila mempunyai hal-hal kecemasan atau urusan penting.
Mungkin ramai yang tidak tahu, dasar cuti rehat yang ditetapkan oleh kerajaan ialah menggalakkan pegawai mengambil cuti rehatnya pada tiap-tiap tahun untuk tujuan kecekapan dan juga untuk kepentingan pegawai itu sendiri.
Walau bagaimanapun, bukan semua pegawai dapat menghabiskan cuti rehatnya demi kepentingan perkhidmatan, dan cuti rehat yang tidak diambil akan terkumpul untuk digantikan dengan Gantian Cuti Rehat (GCR).
Pelaksanaan Permohonan GCR di dalam Talian HRMIS
Sebelum ini permohonan GCR ini dibuat secara manual, biasanya pembantu tadbir akan buatkan, kita cuma sain untuk sahkan sahaja. Namun kini, setelah sistem Permohonan Cuti melalui HRMIS dikuatkuasakan, maka permohonan Gantian Cuti Rehat juga perlu dilakukan secara online oleh anda sendiri.
Panduan Permohonan GCR di Bawa Ke Hadapan
- Login sistem. (ID pemohon/ individu)
- Di bawah menu Pengurusan Saraan, Faedah dan Ganjaran, klik Pengurusan Cuti – Permohonan Cuti – Permohonan GCR dan Bawa Ke Hadapan
- Paparan akan terhasil, klik teruskan. Data akan memaparkan tiada rekod, jangan bimbang kerana anda belum lagi membuat permohonan.
- Klik Tambah
- Semak data yang dipaparkan adalah tepat. Masukkan permohonan GCR.
- Kemudian klik hantar – klik yes dan ok.
- Pemohon telah memaklumkan permohonan kepada pelulus GCR.
- Buka semula paparan untuk buat semakan. Paparan akan menunjukkan permohonan belum diluluskan.
- Pelulus GCR akan membuat semakan permohonan anda.
- Setelah diluluskan, barulah anda buka semula HRMIS seperti langkah 1 di atas dan boleh lihat ia sudah diluluskan.
- Anda perlu mencetaknya dengan klik nombor 1 – klik butang previu cetak
- Setelah berjaya print, dokumen perlu ditandatangani oleh pelulus GCR dan dikumpulkan untuk tindakan selanjutnya.
Proses Aliran Kerja dan Tetapan Peranan
1 | Pemohon | Mohon GCR dan Baki dibawa Ke Hadapan |
2 | Pelulus | Meluluskan Permohonan GCR dan Baki Cuti dibawa ke hadapan |
3 | Pentadbir CUti | Menyelenggara GCR mengikut unit. |
Jadual di atas adalah proses aliran kerja bagaimana sistem ini berfungsi. Perkara yang penting adalah anda perlu membuat semakan jumlah hari CRK yang telah anda ambil pada tahun semasa, jika maklumat yang dipaparkan tidak tepat, anda boleh rujuk pembantu tadbir untuk mengemaskininya.
Biasanya akan berlaku masalah apabila anda berpindah sekolah, maklumat baki yang tidak dikemaskini akan menyebabkan berlaku masalah pula di tempat baru.
Pekeliling Perkhidmatan yang berkaitan bagi Pengurusan GCR adalah seperti berikut:
Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 7 Tahun 2003 | Pemberian Wang Tunai Gantian Cuti Rehat (GCR) |
Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 5 Tahun 2004 | Wang Tunai Gantian Cuti Rehat (GCR) kepada pegawai yang memilih Skim KWSP |
Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 3 Tahun 2005 | CRK dan pengumpulannya bagi tujuan pemberian wang tunai Gantian Cuti Rehat Khas kepada Pegawai Perkhidmatan Pendidikan |
Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 18 Tahun 2008 | Peningkatan maksimum cuti rehat dan cuti rehat khas yang boleh dikumpul untuk pemberian wang tunai sebagai Gantian Cuti Rehat kepada 150 hari. |
Semoga info dan maklumat ini dapat membantu anda dan menjadi rujukan kepada semua dalam memastikan proses pelaksanaan sistem secara online ini berjalan lancar. Pastikan anda telah menerima taklimat dari pihak berwajib dan arahan pelaksanaannya sebelum mula membuatnya.