Home info Buku Panduan Tugas Guru Perpustakaan dan Media

Buku Panduan Tugas Guru Perpustakaan dan Media

36
0
Pusat Sumber Sekolah (PSS) merupakan penjana pembentukan masyarakat yang berilmu pengetahuan, gemar membaca dan berkemahiran maklumat sejajar dengan kepesatan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT).

Perkembangan pesat dunia pendidikan telah memberikan impak yang positif kepada perkembangan Pusat Sumber Sekolah. Adalah menjadi dasar dan hasrat Kementerian Pelajaran Malaysia untuk meningkatkan mutu pendidikan di negara ini sehingga mencapai pendidikan bertaraf dunia. Sehubungan dengan itu, perjawatan Guru Perpustakaan dan Media Sekolah telah dapat memberi fokus ke arah memantapkan Pusat Sumber Sekolah.

Berasaskan hakikat bahawa wujudnya perjawatan Guru Perpustakaan dan Media Sekolah dan keperluan mendapat pendedahan mengenai apa, bila ,siapa, di mana dan bagaimana pengurusan Pusat Sumber Sekolah, maka buku panduan tugas ini dihasilkan bagi membantu Guru Perpustakaan dan Media Sekolah mengurus Pusat Sumber Sekolah.

Printer Brother

Printer Brother yang boleh print depan belakang dengan mudah

Baju Tidur Perempuan Paling Murah

Baju Tidur Perempuan Paling Murah

Baju Kurung Kedah

Baju Kurung Kedah

Baju Kurung Murah

Baju Kurung Murah

Baju Kurung Widuri Cantik

Baju Kurung Widuri Cantik

Telefon Pintar Infinix 5G Murah

Telefon Pintar Infinix 5G Murah

Pelantikan Guru Perpustakaan dan Media Sekolah (GPM) merupakan satu usaha Kementerian yang sememangnya dinanti-nantikan. Namun kebanyakan pihak pentadbir, kurang jelas tentang bidang tugas GPM dan beranggapan masa yang diberikan kepada GPM iaitu 6 hingga 8 waktu mengajar adalah terlalu sedikit. Walaupun pada dasarnya sebanyak lapan belas senarai tugas yang telah disenaraikan. 
Sehubungan dengan itu, diharap buku panduan ini dapat membantu GPM menumpukan perhatian kepada pengurusan pusat sumber sekolah secara am termasuk pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah. PSS perlu diurus dengan baik dan teratur. Ini termasuklah penjadualan dan sistem pinjam meminjam peralatan, bahan-bahan pengajaran dan pembelajaran dan kemudahan yang sentiasa dikemaskinikan. Rasional buku panduan ini perlu diterbitkan adalah kerana GPM perlu jelas dengan peranan PSS yang mempunyai hubungan langsung dengan pelaksanaan program kurikulum dan kokurikulum di peringkat sekolah. Oleh itu, banyak tugas yang perlu GPM tumpukan untuk memastikan PSS dapat digunakan dengan berkesan dan diuruskan dengan baik agar penggunaan media cetak dan bukan cetak tersebut akan dapat dimanfaat oleh semua guru dan murid di sekolah berkenaan. 
Adalah diharapkan dengan adanya penerbitan tugas GPM ini dapat memberi sokongan moral kepada GPM untuk meningkatkan kemahiran pengurusan PSS yang berkesan, di samping menerapkan dan membudayakan teknologi pendidikan demi memartabatkan PSS sebagai nadi utama pengajaran dan pembelajaran ke arah Pusat Kecemerlangan Pendidikan yang lebih berkesan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here