Ramai yang bertanya bilakah sesi persekolahan secara bersemuka akan dibuka dan kumpulan manakah yang akan ke sekolah dahulu?

KPM sentiasa bekerjasama rapat dengan Badan Bertindak Imunisasi COVID-19 (CITF) bagi memastikan kadar vaksinasi dalam kalangan guru, pentadbir dan kakitangan sokongan di sekolah dapat terus ditingkatkan. Sehingga 16 Julai 2021, seramai 253,366 orang guru dan
pentadbir (61.30%) serta 10,876 orang kakitangan sokongan (46.33%) telah menerima sekurang-kurangnya 1 dos vaksin.

Mengambil kira kadar vaksinasi ini, KPM telah membuat ketetapan bahawa sekolah akan dibuka secara berperingkat untuk Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) bersemuka mulai 1 September 2021.

Perkara ini dijelaskan dalam Kenyataan Media Kementerian Pendidikan Malaysia pada 17 julai lalu.

Namun begitu, KPM akan terus mengambil kira penilaian risiko oleh KKM dan MKN bagi melihat sekiranya terdapat keperluan untuk membuat perubahan terhadap tarikh tersebut. Sebarang perubahan akan dimaklumkan lebih awal.

KPM akan memaklumkan perincian lanjut mengenai pembukaan sekolah bagi sesi PdP secara bersemuka selewat-lewatnya seminggu sebelum sekolah dibuka.

Kenyataan Media Pemakluman Mengenai Sesi Persekolahan

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba juga menjelaskan bahawa  akan memastikan semua guru menerima suntikan vaksin susulan pembukaan sekolah secara berperingkat mulai 1 September ini.

Setakat ini, seramai 326,998 orang guru telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin, manakala seramai 215, 999 orang guru telah lengkap menerima vaksin.

Berdasarkan status ini, kita boleh menjangkakan sesi persekolahan mungkin dapat dibuka seawal September tahun ini secara berperingkat.

Namun begitu, pelajar sekolah masih lagi belum menerima Vaksin buat masa ini. Ini juga cabaran bagi guru-guru untuk menguruskan SOP pelajar khususnya ketika berada di sekolah supaya menjaga penjarakan sosial dan mematuhi segala SOP yang telah ditetapkan.

Semoga kita semua dapat kembali ke sekolah dalam keadaan yang baik dan selamat terhindar daripada segala penyakit yang berbahya terutamanya Virus Covid-19 ini.