Permohonan kemasukan ke tingkatan satu (1) Sekolah Seni Malaysia bagi sesi persekolahan 2022 dibuka pada 15 julai 2021 (khamis) sehingga 30 september 2021.

Bagi mereka yang mempunyai anak-anak yang berbakat dalam bidang seni khusunya boleh membuat permohonan.

Apakah syarat-syarat untuk memohon Sekolah Seni Malaysia ini?

Syarat Permohonan:

  1. Warganegara Malaysia
  2. Berbakat dan berpotensi dalam bidang kesenian(Seni Visual/Tari/Teater/Muzik)
  3. Sihat tubuh badan
  4. Hanya permohonan secara ‘Online’ akan diproses

Syarat Kemasukan

  1. Calon mesti daripada sekolah bantuan penuh kerajaan.
  2. Lulus Uji Bakat (dilaksanakan secara dalam talian)
  3. Bersetuju menerima kemasukan ke SSeM yang ditawarkan mengikut bidang yang ditetapkan
  4. Murid yang berjaya wajib tinggal di asrama dan tertakluk kepada peraturan yang ditetapkan
  5. Mengemukakan rekod kesihatan murid
  6. Permohonan akan ditolak sekiranya calon memalsukan sebarang dokumen semasa membuat permohonan

Adakah murid sekolah swasta diterima masuk ke Sekolah Seni Malaysia atau Program Pendidikan Seni?

Tidak. Pengambilan murid hanya terbuka kepada semua murid sekolah kerajaan dan sekolah bantuan kerajaan sahaja.

Bagaimanakah cara membuat permohonan ke Sekolah Seni Malaysia
atau Program Pendidikan Seni?

CARA MEMOHON

Permohonan mestilah dibuat secara dalam talian (online) melalui laman sesawang https://essem.moe.gov.my.

Pemohon boleh mendaftar masuk dengan menggunakan No. Kad Pengenalan calon.

Hanya permohonan secara dalam talian (online) akan diproses. Pemohon perlu malalui proses ujibakat sama ada secara bersemuka atau secara dalam talian (rakaman video).

Hanya pemohon yang melalui proses uji bakat sahaja akan disenarai pendek untuk pemilihan.

MANUAL PENGGUNA

https://essem.moe.gov.my/lampiran/faq.pdf

https://essem.moe.gov.my/Manual_pengguna/Pemohon.pdf

TARIKH TUTUP PERMOHONAN

30 September 2021

Bilakah sesi uji bakat pemilihan murid diadakan?

Bagi permohonan kemasukan 2022, uji bakat dilaksanakan melalui rakaman video. Calon yang membuat permohonan perlu muat turun dan mencetak lampiran soalan bagi bidang seni yang dipilih selepas klik hantar permohonan.

Calon dikehendaki berpakaian kemas dan bersesuaian semasa rakaman. Bagi calon bidang seni persembahan, calon diminta memakai tshirt berkolar hitam, seluar trek hitam, tudung hitam/rambut disanggul kemas (calon perempuan).

Calon diminta untuk mendapatkan bantuan guru atau ahli keluarga semasa membuat permohonan serta penyediaan rakaman uji bakat.

Rakaman dalam bentuk MP4 perlu diletakkan dalam satu fail dan namakan fail tersebut dengan No KP Pemohon (rujuk panduan yang diberikan dalam borang permohonan yang telah dimuat turun).

Sila muat naik fail tersebut ke dalam google drive masing-masing. Dapatkan pautan (link) dan masukkan pautan tersebut ke dalam laman sesawang eSSeM pada ruangan yang disediakan.

Calon perlu hantar rakaman video yang disediakan selewat-lewatnya 30 Oktober 2021.

Sebarang pertanyaan berkaitan pendaftaran, sila hubungi:
1. Pn Zuraini Binti Abu Hassan
    Tel : 03-88721616

2. Cik Noor Azilah Binti Ismail
    Tel : 03-88721760

    Atau emelkan pertanyaan ke :
    Email : mohonssem@moe.gov.my