Seperti mana yang kita sedia maklum, penggunaan frasa “Saya Yang Menjalankan Amanah” telah diumumkan oleh Perdana Menteri sebelum ini. Ia bagi menggantikan frasa “Saya yang menurut perintah” yang telah lama digunakan sejak 2007 lagi.

Selaras dengan perubahan pentadbiran Malaysia Baru, pihak Jabatan Perkhidmatan Awam dengan rasminya telah mengeluarkan surat arahan penggantian frasa tersebut.

saya yang menjalankan amanah

Poster dari JPA

Merujuk kepada Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 5 Tahun 2007, Panduan Pengurusan Pejabat, Bahagian vi, telah menyatakan setiap surat hendaklah diakhiri dengan frasa tersebut, di sudut sebelah kiri bawah surat sebelum tandatangan pegawai yang berkenaan.

Sejajar dengan hasrat kerajaan supaya setiap penjawat awam dapat menghayati bahawa setiap perintah, tugasan dan tanggungjawab merupakan satu amanah yang perlu dilaksanakan dengan sebaiknya. Maka kerajaan telah bersetuju unutk menggantikan:

Saya Yang Menurut Perintah
kepada
Saya Yang Menjalankan Amanah

Berikut merupakan surat edaran dari Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Malaysia, Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia.


ADA PERNIAGAAN / PRODUK YANG NAK DIHEBAHKAN? IKLAN DI SINI


Setiap penjawat awam juga haruslah memahami pengertian amanah iaitu:

  • Rela dan berusaha melaksanakan tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan dalam batas kuasa yang ditentukan dengan penuh gigih dan ikhlas bagi mencapai objektif yang telah ditentukan.
  • Mempunyai sifat luhur dan murni, jujur kepada diri sendiri, rakan dan organisasi.

Penggantian frasa Saya Yang Menjalankan Amanah ini berkuatkuasa mulai:

20 September 2018

Oleh yang demikian, kepada semua Penjawat Awam yang selalu menggunakan surat-surat rasmi hendaklah maklum akan perubahan ini. Khususnya kepada mereka yang menjawat jawatan sebagai Pembantu Tadbir atau setiausaha di pejabat atau di sekolah.

Kegagalan kita mematuhi format penulisan surat rasmi kerajaan ini boleh menyebabkan surat kita tidak diterima.

Penggantian frasa ini hanya meminda perenggan 6.4(g), Lampiran A, Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 5 Tahun 2007.

Perkara ini juga hendaklah dimaklumkan oleh Ketua Jabatan di pejabat-pejabat kerajaan, dan juga di sekolah-sekolah. Para guru juga sentiasa berurusan menggunakan surat rasmi kerajaan, oleh itu hendaklah memastikan perkara ini telah difahami oleh semua pihak.

Sekiranya anda mempunyai pertanyaan, boleh ke laman web JPA atau berhubung dengan alamat berikut:

JABATAN PERKHIDMATAN AWAM
Blok C1-C3, Kompleks C
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62510 W.P Putrajaya, Malaysia
Telefon: 603 8000 8000

Sebarang maklumat terkini akan dikemaskini dari masa ke semasa, berdasarkan informasi yang tepat dan sahih daripada Jabatan.

Semoga dengan info dan maklumat penting ini dapat memberi pencerahan kepada anda dan disampaikan kepada rakan-rakan lain yang terlibat dalam perkara ini.