Tahun 6 merupakan tahun yang sangat penting bagi murid-murid di peringkat Sekolah Rendah. Pada tahun ini murid-murid perlu fokus dan mempersiapkan diri untuk persediaan UPSR.

Bahasa Inggeris pula merupakan subjek yang dilabel sebagai ‘Subjek Susah’, namun ia sebenarnnya bukanlah seperti yang disangkakan.

Peranan guru dalam memastikan murid meminati Mata Pelajaran ‘English’ sangat penting. PdPc yang menarik dan berkesan perlu diaplikasikan agar ia mampu memberikan impak yang tinggi kepada murid-murid.

Di sini dikongsikan RPH Bahasa Inggeris Tahun 6 KSSR untuk kegunaan 2019. Kepada yang ingin mendapatkannya boleh ke pautan berikut:

Jika sekolah anda menggunakan eRPH dalam menulis rancangan pengajaran anda boleh mengaplikasikan kaedah ini. Rujuk panduan menggunakan eRPH di sini: Panduan Setup eRPH


ADA PERNIAGAAN / PRODUK YANG NAK DIHEBAHKAN? IKLAN DI SINI


Namun jika sekolah anda masih lagi menggunakan sistem fail ‘hardcopy’, anda boleh print seperti biasa. Untuk edit atau membuat kemaskini maklumat sekolah dan kelas anda boleh ikut panduan di bawah:

  • Login Google Drive anda menggunakan emel anda.
  • Buka link Versi 1 di atas tadi.
  • Pergi ke File – Make a Copy – Save dalam Google Drive anda
  • Kini ia telah berada di Drive anda, anda boleh edit untuk memasukkan data seperti sekolah, kelas dan masa.
  • Anda juga boleh tambah Standard Pembelajaran / Objektif, aktiviti dan lain-lain yang mahu dicapai berdasarkan keperluan murid dan kelas anda.
  • Segala perbincangan berkenaan m-sims atau eRPH atau yang berkaitan dengan pengurusan data boleh ke telegram t.me/erphMalaysia

Anda juga boleh membuat perbincangan dalam Panitia masing-masing untuk menggunakan RPH ini. 

Dilarang jual, RPH ini diberikan secara percuma. Tiada sebarang harga dikenakan kepada yang menggunakannya.

Semoga dengan perkongsian RPH Bahasa Inggeris ini sedikit sebanyak dapat membantu anda dan meningkatkan lagi kemahiran dalam penggunaan teknologi semasa selaras dengan Revolusi Industri 4.0 dalam pendidikan.

Sekiranya anda ingin mendapatkan RPH bagi tahun dan subjek lain boleh ke: Koleksi RPH

Untuk tidak terlepas info penting follow: telegram.me/pendidik2u