Home info Pinjaman Perumahan Kerajaan

Pinjaman Perumahan Kerajaan

135
28
Pinjaman Perumahan Kerajaan

Antara kelebihan penjawat awam adalah boleh memohon Pinjaman Perumahan Kerajaan, namun begitu ramai yang kurang arif bagaimana cara untuk memohonnya, syarat-syaratnya dan proses pembayarannya. Terutamanya yang masih baru dalam perkhidmatan awam. Sebelum ini pinjaman perumahan di bawah Bahagian Pinjaman Perumahan Perbendaharaan Malaysia, namun kini diperbaharui dan dikenali sebagai Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam LPPSA.

Pinjaman Perumahan Kerajaan

Printer Brother

Printer Brother yang boleh print depan belakang dengan mudah

Baju Tidur Perempuan Paling Murah

Baju Tidur Perempuan Paling Murah

Baju Kurung Kedah

Baju Kurung Kedah

Baju Kurung Murah

Baju Kurung Murah

Baju Kurung Widuri Cantik

Baju Kurung Widuri Cantik

Telefon Pintar Infinix 5G Murah

Telefon Pintar Infinix 5G Murah

Sebelum kita bicara cara memohon, mari kita tengok apakah syarat-syarat untuk memohon pinjaman.

Syarat Asas Pinjaman Perumahan Kerajaan LPPSA

  • Kakitangan Kerajaan berjawatan tetap
  • Warganegara Malaysia
  • Borang permohonan dikemukakan 1 tahun sebelum bersara (bagi penjawat awam Skim Berpencen), dan 5 tahun sebelum tamat perkhidmatan (bagi penjawat awam Skim KWSP)
  • Berkhidmat sekurang-kurangnya 1 tahun
  • Telah disahkan dalam jawatan
  • Bukan seorang muflis @ si berhutang hukuman @ pemakan gaji tidak berkemampuan @ sedang dalam tindakan tatatertib
  • Perjanjian jualbeli atau perjanjian pembinaan rumah perlu penyaksian peguam
  • Pinjaman bersama suami dan isteri, Pinjaman ambil alih antara suami dan isteri dan Pinjaman dua nama di dalam perjanjian jual beli mestilah disertakan dengan salinan Sijil Nikah atau Pendaftaran Perkahwinan yang diakui sah oleh Ketua Jabatan.

Ini adalah syarat-syarat asas, biasanya kalau sudah disahkan jawatan tu maknanya sudah layaklah untuk memohon, melainkan ada kes seperti muflis, sedang dalam tindakan tatatertib dan sebagainya.

Mengapa perlu menggunakan pinjaman kerajaan? Banyak kelebihannya antaranya ialah kadar faedah bagi peminjam adalah 4%. Boleh dapat pinjaman penuh 100%.

Adakah pinjaman kerajaan ini patuh syariah?

Terdapat 2 skim pinjaman iaitu

  1. Skim Pembiayaan Perumahan SPPP adalah skim pembiayaan secara konvensional.
  2. Skim Pembiayaan Perumahan SPPI menggunakan konsep ’Al-Bai’ Bithaman Ajil (akad jual beli).

Sebagai seorang Islam maka wajib untuk kita memilih pembiayaan patuh syariah iaitu SPPPI.

Jenis-jenis Pinjaman Perumahan Kerajaan

Jenis 1: membeli rumah atau petak rumah kediaman yang telah siap

Jenis 2: membina rumah di atas tanah sendiri

Jenis 3: membeli rumah atau petak rumah kediaman dalam pembinaan

Jenis 4: membeli tanah dengan tujuan membina rumah

Jenis 5: menyelesaikan hutang pembiayaan perumahan daripada bank/institusi kewangan

Jenis 6: membina rumah di atas tanah pemohon yang dibeli melalui pembiayaan lembaga

Jenis 7: membuat kerja ubahsuai rumah

Kemudian anda perlu tahu, berapa kelayakan pinjaman berdasarkan gaji anda. Sila pastikan bahawa AMAUN KELAYAKAN pembiayaan adalah berdasarkan kepada GAJI HAKIKI SEMASA permohonan.

kelayakan pinjaman perumahan

Cara Membuat Permohonan Pinjaman Perumahan Kerajaan

Sebenarnya, permohonan pembiayaan kini sangat mudah jika betul caranya, ada yang peminjam memberikan 100% proses permohonan dilakukan oleh agen perumahan, dan ada juga yang membuat permohonan sendiri. Lebih baik anda lakukan sendiri, supaya anda dapat belajar proses permohonan dan memahami setiap potongan atau prosudernya.

Setelah anda berjumpa dengan pemaju, dan memilih rumah yang hendak dibeli, dan menerima dokumen-dokumen perjanjian jual beli (Sale and Purchase) rumah anda dikehendaki membuat permohonan pembiayaan secara online di laman web:

Laman Web Permohonan

PENDAFTARAN ID BARU

  1. Pengguna kali pertama Portal Sistem Pinjaman Perumahan Bersepadu (SPPB) dikehendaki mendaftarkan ID
    pengguna.
  2. Sila klik menu Pendaftaran ID Baru.
  3. Semua maklumat yang bertanda * adalah wajib diisi.

Pinjaman Perumahan Kerajaan

Yang ini mudah sahaja, anda lengkapkan semua maklumat-maklumat peribadi anda dan yang berkaitan, pastikan diisi dengan betul. Selepas siap pendaftaran, anda bolehlah login masuk untuk membuat permohonan pinjaman perumahan kerajaan.

Pinjaman Perumahan Kerajaan
Maklumat harta yang perlu diisi dengan betul, rujuk dokumen Jual Beli Perjanjian

Untuk memohon Pinjaman Perumahan Perbendaharaan yang baru, pemohon perlu menyemak kelayakan pinjaman dahulu dengan menekan menu PERMOHONAN PINJAMAN.

Kelayakan Pinjaman Perumahan
Kelayakan Pinjaman Perumahan

Proses pengisian borang anda boleh rujuk sahaja Panduan Pengguna yang telah disediakan: Panduan Pengguna

Semasa memilih panel takaful, anda diberi pilihan memilih panel berikut:

  1. Etiqa Takaful
  2. Etiqa Insuran
  3. HSBC Amanah Takaful
  4. Prudential BSN Takaful
  5. Sunlife Malaysia Takaful
  6. Takaful Ikhlas
  7. Takaful Malaysia

Sila pilih yang patuh syariah (Takaful) bagi pinjaman Islamik.

Setelah permohonan Pinjaman Perumahan Perbendaharaan adalah lengkap dan berjaya dihantar, sistem akan memaparkan No Rujukan Permohonan, Jumlah Amaun Pinjaman Dipohon dan mesej ‘Permohonan Pinjaman Perumahan Perbendaharaan Anda Telah Berjaya Dihantar Dan DiberikanKelulusan Secara Bersyarat’.

Sila muat turun dan cetak borang permohonan untuk tujuan pengesahan Ketua Jabatan dengan menekan butang Muat Turun Borang Permohonan Pinjaman.

Sila muat turun dan cetak senarai dokumen sokongan yang perlu dihantar bersama borang permohonan dengan menekan butang Muat Turun Senarai Semak Pinjaman.

status pinjaman

Borang permohonan dan dokumen sokongan fizikal yang telah dibuat pengesahan pula perlu dihantar dalam masa empat belas (14) hari bekerja. Anda boleh menghantarnya sendiri di Pejabat LPPSA atau secara pos. Boleh juga guna pos ekspress atau pos laju, untuk lebih selamat guna pos berdaftar.

Kemudian anda tunggu sahaja permohonan anda akan diproses secepat mungkin, anda juga disaran untuk sentiasa menyemak status permohonan pinjaman perumahan kerajaan anda di menu semakan status pinjaman.

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan boleh hubungi nombor di bawah:

Pusat Panggilan Utama : 03 – 8880 1600
No.9, Kompleks Kementerian Kewangan

Persiaran Perdana, Presint 2

Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan

62592 Putrajaya

WAKTU OPERASI LEMBAGA PEMBIAYAAN PERUMAHAN SEKTOR AWAM (LPPSA) :

PUSAT PANGGILAN

ISNIN HINGGA KHAMIS

JAM 8.00 PAGI – 5.30 PETANG

Semoga perkongsian ini, sedikit sebanyak dapat memberi gambaran awal atau panduan kepada anda dalam membuat permohonan pinjaman perumahan kerajaan. Sekiranya ada pertanyaan boleh komen di bawah atau hubungi nombor di atas.

 

28 COMMENTS

  1. assalamualaikum …sy dah hantar permohonan online dan telah mencetak borang2 dan dan dah dapat pengesahan ketua jabatan untuk dokumen untuk membeli rumah yang telah siap dari owner rumah@second hand dan telak melantik peguam penjual..
    soalan:
    1.sebelum borang dan dokumen fizikal hantar ke pejabat lppsa adakah adakah perlu apa2 dokumen kita mintak kepada peguam penjual,untuk kita hantar sekali kepada Lppsa atau cuma borang yang kita cetak dan dokumen2 berkaitan kita sendiri@pembeli
    2 apa tindakan sy seterusnya..hantar terus ke lppsa atau hantar kepada peguam untuk dia sediakan dokumen dari pihak penjual?

    harap boleh bantu…tq

  2. saya penjawat awam dan isteri sudah berhenti kerja swasta..boleh tak saya mohon permohonan pinjaman bersama dan bukan individu? pemaju cakap boleh sebab isi borang 7 (2 nama tapi seorang saja mohon pinjaman iaitu saya)

  3. Salam..sy penjawat awam berasal dri sabah dan bekerja di smnanjung…soalan sy
    1.boleh ke sy memohon pinjaman di smnanjung untuk buat rumah di tempat asal sy???
    Procedure sama jugak ke??

  4. Slm…sy ialah guru d sarawak. Bolehkah mohon pembiayaan utk bina rumah di ats tnh sndiri d kpg? Utk mkluman status tanah adlh tanah kpg yg tidak bergeran/brkepala. Tqvm

  5. Sy pertama kali memohon pinjaman perumahan online. sy telah menyuruh kerani lowyer pemaju sy isi borang tersebut dan telah htr secara on line. Tetapi sy ada sikit kesilapan pada tarikh lantikan dan pengesahan jawatan
    Ape perlu sy buat ye? Adakah sy kena isi borang online lain?

  6. Hi,sy nak buat pertanyaan. Selain daripada pasangan suami isteri, adakah adik beradik dibenarkan mohon LPPSA? Contohnya saya dengan kakak dan kami penjawat swasta.

  7. salam…saya nak tanya sikit berkenaan pinjaman kerajaan ni..bolehkah kita membuat pinjaman untuk pembelian rumah baru dibina atas tanah lot yang mana ia menyatakan pembelian secara tunai saja….bagaimana procedure nya miss..?

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here