Semakan Keputusan Temuduga PISMP 2017

    4
    0
    Semakan PISMP 2017
    Semakan PISMP 2017

    Semakan Keputusan Temuduga PISMP 2017 telah diumumkan oleh pihak Kementerian Pendidikan Malaysia, kepada calon-calon yang memohon bolehlah membuat semakan bermula hari ini. Semakan boleh dibuat bermula seperti ketetapan berikut:

    Sukacita dimaklumkan semakan calon berjaya ditawarkan ke Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) Institut Pendidikan Guru (IPG) Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bagi Ambilan Jun 2017 secara atas talian akan bermula pada 23 Jun 2017 (Jumaat) jam 04:00 petang.

    Tarikh Semakan Keputusan Tawaran PISMP 2017

    Semakan PISMP 2017
    Semakan PISMP 2017

    Cara membuat Semakan Keputusan Temuduga PISMP 2017

    • Buka laman web PISMP di atas
    • Log masuk di portal di ruangan yang telah disediakan. Maklumat yang diperlukan ialah:
    1. No Kad Pengenalan
    2. Kata Laluan

    Saya terlupa kata laluan, bagaimana untuk saya log masuk?

    • Sekiranya anda terlupa kata laluan anda boleh klik pada lupa kata laluan, dan ikut arahan seterusnya.

    Saya telah gagal temuduga PISMP bolehkah membuat rayuan?

    • Keputusan yang dikeluarkan adalah muktamad, tidak boleh merayu. Anda boleh cuba pada tahun depan.

    Saya ditempatkan di IPG yang jauh dari rumah saya, bolehkan saya memohon penukaran IPG?

    • Penempatan telah dikeluarkan, anda perlu melapor diri dan menerima tempat yang telah ditentukan oleh pihak Kementerian Pendidikan.

    Saya ingin menukar kos/subjek, bolehkah?

    • Sila rujuk ke IPGM yang ditawarkan.

    Saya ingin menolak tawaran PISMP ini, bolehkan?

    • Sebenarnya, orang yang memohon untuk masuk ke PISMP ini sangat ramai, dan sekiranya anda berpeluang maka eloklah anda menerimanya kerana anda bertuah dalam ramai-ramai anda layak. Namun apabila anda menolaknya maka, nama anda disenarai sebagai orang yang tidak berminat.

    Laluan untuk menjadi guru kini semakin ketat, PISMP salah satu laluan yang dibuka untuk pelajar lepasan SPM, sekiranya anda betul-betul berminat untuk menjadi guru maka inilah laluan yang ada.

    Tahniah kepada mereka yang telah berjaya dan layak ke IPGM.

    Ini adalah langkah pertama anda sebelum layak menjadi guru. Kerana anda akan melalui banyak lagi laluan berliku iaitu:

    • PPISMP
    • PISMP
    • PBS
    • PRAKTIKUM
    • Peperiksaan
    • Temuduga SPP
    • PPGB
    • Program Transformasi Minda (PTM)
    • Disahkan dalam perkhidmatan

    Semoga anda yang berjaya akan terus berusaha hingga disahkan menjadi Guru Tetap di sektor kerajaan, selamat membuat semakan PISMP 2017.

    LEAVE A REPLY

    Please enter your comment!
    Please enter your name here