Home info Panduan Permohonan Sekolah Berasrama Penuh SBP Ambilan 2019

Panduan Permohonan Sekolah Berasrama Penuh SBP Ambilan 2019

53
2

Kementerian Pendidikan Malaysia telah membuka permohonan pengambilan murid tingkatan 1 & tingkatan 4 ke sekolah berasrama penuh (sbp) bagi ambilan 2019 secara online.

Kepada penjaga dan murid-murid yang berada di Tahun 6 khususnya yang berminat untuk masuk ke Sekolah Berasrama Penuh bolehlah merebut peluang ini.

Printer Brother

Printer Brother yang boleh print depan belakang dengan mudah

Baju Tidur Perempuan Paling Murah

Baju Tidur Perempuan Paling Murah

Baju Kurung Kedah

Baju Kurung Kedah

Baju Kurung Murah

Baju Kurung Murah

Baju Kurung Widuri Cantik

Baju Kurung Widuri Cantik

Telefon Pintar Infinix 5G Murah

Telefon Pintar Infinix 5G Murah

Siapakah yang boleh membuat permohonan untuk ambilan kali ini?

Tingkatan 1 SBP Tingkatan 4 SBP
Murid Tahun Enam 2018 yang bersekolah di Sekolah Kebangsaan Murid Tingkatan Tiga 2018 yang bersekolah di Sekolah Kerajaan atau
Sekolah Bantuan Kerajaan

Tarikh Permohonan SBP 2019

Permohonan ke Tingkatan 1 SBP

27 Ogos 2018 hingga 30 September 2018

Permohonan ke Tingkatan 4 SBP

01 November 2018
hingga
16 Disember 2018

 

Permohonan hendaklah dibuat secaraatas talian di laman web SBP seperti di bawah:

https://sst1.moe.gov.my/

Cara Memohon SBP Ambilan 2019 Secara Online

 

Di sini telah disediakan panduan lengkap untuk mengisi borang permohonan SBP secara lengkap, anda boleh rujuk fail pdf di bawah:

[pdf-embedder url=”https://www.pendidik2u.my/wp-content/uploads/2018/08/Permohonan-Sekolah-Berasrama-Penuh.pdf” title=”Permohonan Sekolah Berasrama Penuh”width=”500″height=”200″]

 

Bolehkah permohonan dibuat sebelum keputusan UPSR/PT3 diumumkan?

  • Pemohon boleh memohon sebelum keputusan UPSR/PT3 diumumkan
Apakah syarat pemilihan murid ke SBP
Tingkatan 1 Tingkatan 4
Murid mestilah warganegara Malaysia. Murid mestilah warganegara Malaysia
Murid Sekolah Kebangsaan (SK) Murid bersekolah di Sekolah Kerajaan atau Sekolah Agama Bantuan
Kerajaan.
Murid yang berada dalam set toleransi Graf Toleransi UKSBP Murid cemerlang akademik (minimum Gred A bagi 6 mata pelajaran
dan sekurang-kurangnya Gred C bagi mata pelajaran yang lain).
Murid cemerlang akademik Murid lulus saringan/temuduga (hanya di KISAS).
Murid aktif dalam kokurikulum Murid aktif dalam kokurikulum.

Kurikulum Bersepadu Tahfiz (TMUA – Tahfiz Model Ulul Albab)

  • Bagaimana cara untuk memohon ke SBP yang menawarkan Kurikulum Bersepadu Tahfiz (TMUA – Tahfiz Model Ulul Albab)?

Calon masih perlu mengisi permohonan secara online.

  • Apakah syarat untuk terpilih ke SBP KBT (TMUA)?

Calon yang memenuhi syarat-syarat pemilihan ke Tingkatan Satu dan memperoleh Gred A bagi Quran dan Jawi layak dipertimbangkan. Calon yang telah dikenalpasti ini akan dipanggil untuk ditemuduga selepas keputusan UPSR diumumkan.

Untuk masuk ke SBP anda perlu menghadiri Ujian UKSBP, iaitu satu ujian saringan yang dilaksanakan kepada semua murid yang berjaya memohon sebagai salah satu syarat kemasukan ke SBP Tingkatan Satu (1) sahaja. UKSBP akan dilaksanakan dalam tempoh yang ditetapkan. Tiada ujian ulangan akan dilaksanakan sekiranya pemohon gagal untuk menduduki ujian tersebut.

Semua murid boleh menyemak keputusan kelayakan menduduki UKSBP melalui laman sesawang www.moe.gov.my pada 05 Oktober 2018.

UKSBP akan dijalankan secara serentak di 207 pusat yang ditetapkan. Tarikh ujian adalah pada 15 hingga 18 Oktober 2018

Bilakah keputusan pemilihan dan penempatan ke SBP dapat diketahui?

  • Keputusan pemilihan dan penempatan ke Tingkatan Satu SBP diumumkan selewat-lewatnya 21 Disember 2018.
  • Keputusan pemilihan dan penempatan ke Tingkatan Empat SBP diumumkan selewat-lewatnya 25 Januari 2018.
Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh dan Sekolah Kecemerlangan
Aras 3, Blok 2251, Jalan Usahawan 1,
63000 Cyberjaya,
Selangor Darul Ehsan.

No Tel Bahagian SBP: 03-8321 7400

Semoga info dan maklumat ini diberi perhatian dan dikongsikan bersama rakan-rakan yang lain khususnya yang berhajat untuk menghantar anak ke Sekolah Berasrama Penuh (SBP).

2 COMMENTS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here