Kepada guru-guru yang berminat untuk menjadi Pentadbir, khususnya menjadi Pengetua atau Guru Besar dipelawa untuk memohon Kursus NPQEL ambilan 2018.
Permohonan NPQEL bagi ambilan 2018
![]() |
Permohonan NPQEL |
Permohonan akan dibuka pada 11 Julai hingga 11 Ogos 2017.
Oleh itu bagi mereka yang ingin melangkah ke dalam bidang pentadbiran bolehlah memohon di pautan berikut:
PERMOHONAN NPQEL
LAMAN WEB EPANGKAT
Selaras dengan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM), Program Kelayakan Profesional Kepimpinan Pendidikan Kebangsaan (NPQEL) atau di dalam Bahasa Inggerisnya National Professional Qualification Education Leads diwujudkan bagi memastikan pemimpin di peringkat sekolah mempunyai ciri-ciri pemimpin yang berkualiti dan kompetan.
UPDATE: Tarikh Tutup 31 Ogos 2017
Untuk menjadi PGB perlu mempunyai syarat-syarat berikut:
Syarat Umum
(a) disahkan dalam perkhidmatan (bagi PPP Gred DG29);
(b) mencapai tahap prestasi yang ditetapkan iaitu sebanyak 85% berdasarkan Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT) tiga (3) tahun terkini
(c) bebas daripada tindakan tatatertib;
(d) telah mengisytiharkan harta (tempoh lulus isytihar harta tidak melebihi lima (5) tahun);
(e) lulus Tapisan Keutuhan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM);
(f) bebas daripada senarai Peminjam Tegar Institusi Pinjaman Pendidikan; dan
(g) diperakukan oleh Ketua Jabatan/ Ketua Perkhidmatan.
Syarat Khusus
(a) telah dinaikkan pangkat ke Gred DG48 (bagi calon Pengetua) atau Gred DG32 (bagi calon Guru Besar) atau sekurang-kurangnya lima tahun di Gred DG29 (bagi calon Guru Besar SKM(B));
(b) mempunyai pengkhususan dalam bidang tertentu : -Pengetua: BidangUmum/Teknikal/ Pendidikan Islam -GuruBesar:Bidang Umum/ Cina / Tamil;
(c) lulus Program Kelayakan Profesional Kepimpinan Pendidikan Kebangsaan (NPQEL) atau Program Kelayakan Profesional Kepengetuaan (NPQH);
(d) mempunyai pengalaman sekurangkurangnya tiga (3) tahun berkhidmat sebagai Guru Kanan Mata Pelajaran / Ketua Bidang / Penolong Kanan (termasuk Penolong Kanan yang dilantik secara pentadbiran di SKM(B)/ jawatan-jawatan pentadbiran di PPD / JPN / Bahagian / IAB / IPG / KM;
(e) mempunyai sekurang-kurangnya tiga (3) tahun tempoh perkhidmatan sebelum bersara (tertakluk kepada tarikh kekosongan); dan
(f) melepasi tahap kesihatan yang memuaskan (Perenggan 9, Pekeliling Perkhidmatan Bil.1 Tahun 2013).
Untuk sebarang pertanyaan boleh hubungi:
Cawangan Naik Pangkat
Bahagian Pengurusan Sumber Manusia
Kementerian Pendidikan Malaysia
Aras 4, Blok E12
Kompleks Kerajaan Parcel E
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62604 Putrajaya
No. Telefon:
03-8884 7935/7968 (Pengetua)
03-8884 7969/7882 (Guru Besar)
Faks:
03-8884 7283
Alamat
Institut Aminuddin Baki
Kementerian Pendidikan Malaysia
Sri Layang
69000 Genting Highlands
Pahang Darul Makmur
No. Telefon IAB: 03-6105 6100
No. Faks IAB: 03-6105 6299
Semoga dengan adanya peluang ini, sedikit sebanyak dapat membantu anda dalam meningkatkan lagi kerjaya sebagai guru dan dalam masa yang sama sebagai PGB. Oleh itu, jangan lepaskan peluang untuk memohon Kursus NPQEL ambilan 2018 ini. Semoga info yang disampaikan ini berguna dan berfaedah kepada anda, sila sebarkan untuk faedah bersama.
Assalam
macam mana caranya untuk memohon kursus NPQEL
Apa langkah2 yang perlu dilakukan
t kasih
Wslm, terima kasih kerana berminat, untuk permohonan perlu tunggu 11 Julai 2017 ni baru dibuka..
Guru cemerlang boleh memohon ke
Masih belum boleh masuk web permohonan
Bolehkah pk 1 dan pk hem dalam satu sekolah mohon serentak dalam tahun yg sama
Aduhai.. Terlepas pandang.. Boleh apply lagi ke ?
Boleh
Macam mana nak apply ye kalau dah tutup?
Tarikh tutup 31 Ogos 2017
boleh lagi..
Guru biasa DG41 x boleh mohon ?
Boleh
Kaunselor boleh mohon tak..
Bagaimanakah ingin mendapatkan perakuan daripada Ketua Jabatan sbb tiada ruang yang disediakan untuk perakuan tersebut?
Selamat petang , ingin bertanya tentang progrom NPQEL 2.0 ambilan 2018. Bagaimana program dilaksanakan mulai 2018 . Adakah ia sama dengan NPQEL ambilan 2017 ?
Pemohonan masih buka untuk tahun 2018
Saya berminat mengikuti kursus NPQL ambilan 2018 . Masih bolehkah saya memohon?
bila buka iklan npqel tahun ni (2018) utk kemasukan 2019 kan?
boleh saya tahu permohonan npqel tahun 2018 bila akan diiklankan ?
Ada 2 kumpulan dah pergi berkursus tahun ini 2018. Kalau nama tiada dalam senarai adakah bermaksud gagal menerima tawaran?
Apakah carta alir permohonan? Adakah pemohon perlu sediakan module?
guru cemerlang dapatkah mohon utk kemasukan 2019