Ramai yang berminat untuk menjadi guru, namun laluan perguruan kini semakin ketat melainkan melalui PISMP di IPGM atau ISMP Ijazah Pendidikan di IPTA. Ini tidak mematahkan semangat mereka yang ingin menceburui bidang perguruan ini, ada yang berminat unutk memohon menjadi Guru Ganti, Guru Sandaran atau sebagainya. Guru Ganti kebiasannya ada kekosongan sekiranya ada Guru Tetap yang cuti bersalin, kursus jangka panjang atau apabila kekurangan guru atas sebab-sebab tertentu.

Bagaimana cara untuk memohon Guru Ganti?
Di mana untuk mendapatkan Borang Guru Ganti?
Guru Ganti Selangor?
Guru Ganti Perak?
Ada tak Jawatan Kosong Guru Ganti?
Guru Ganti Selangor?
Guru Ganti Perak?
Ada tak Jawatan Kosong Guru Ganti?
Itulah persolan yang selalu ada, sebenarnya di sekolah memang sentiasa ada Guru Cuti Bersalin sekarang, lepas yang ni naik, yang ni pula cuti, begitulah sering silih berganti. Oleh itu, sekolah memang sangat memerlukan Guru Ganti, terutamanya untuk subjek penting, seperti Matematik, English, Sains serta yang lain-lain. sekiranya anda jadi Guru Ganti tidak semestinya anda kena ajar Subjek yang anda mahu, sekolah yang akan berikan kepada anda, boleh jadi anda akan ajar beberapa subjek lan juga.
Mari kita kenal apakah yang dikatakan sebagai Guru Ganti:
Latar Belakang
Kekosongan sementara berlaku di sekolah apabila guru-guru terlatih tiada di sekolah bagi suatu tempoh tertentu. Bagi mengisi kekosongan sementara ini, Guru Ganti yang terdiri daripada pelajar lulusan SPM, STPM, Diploma dan Ijazah Sarjana Muda yang tidak memiliki latihan ikhtisas perguruan atau pengalaman telah dilantik secara kontrak bagi suatu tempoh tidak melebihi tiga bulan berturutan.
Definisi Guru Ganti
Guru Ganti adalah guru tidak terlatih yang ditempatkan di suatu sekolah bagi mengisi kekosongan sementara guru tetap disebabkan cuti bersalin, cuti sakit, cuti mengerjakan haji, berkursus atau lain-lain hal yang dibenarkan.Khidmat Guru Ganti akan tamat apabila guru yang diganti telah tamat tempoh bercuti atau berkursus dan kembali bertugas di sekolah.
Tugas Guru Ganti
- Melaksanakan pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah seperti guru tetap.
- Buku persediaan mengajar dan rekod-rekod pelajar perlu disediakan dan diselia seperti yang dilaksanakan oleh guru yang digantikan.
- Terlibat dengan Aktiviti ko-kurikulum.
- Serta lain-lain tugas dan aktiviti yang diarahkan oleh pihak sekolah.
Taraf Perkhidmatan dan Kadar Upah Guru Ganti
- Guru Ganti adalah bertaraf Pekerja Sambilan Harian dan kadar upah ditentukan secara harian berdasarkan kelayakan akademik (dibuktikan melalui dokumen yang sah) yang bersesuaian dengan jenis tugas yang akan dilaksanakan.
- Tempoh bertugas Guru Ganti tidak boleh melebihi 3 (tiga) bulan dari tarikh lantikan.
- Kadar upah adalah seperti berikut:
Kelayakan Akademik | Upah (RM / Hari) |
Ijazah Sarjana Muda | RM100.00 |
Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia / Diploma | RM72.00 |
Sijil Pelajaran Malaysia | RM54.00 |
Pusat Tanggungjawab
- Pejabat Pendidikan Daerah diberi kuasa untuk melantik Guru Ganti yang diperlukan oleh sesebuah sekolah dalam daerah berkenaan.
- Bayaran upah bagi Guru Ganti ini diuruskan oleh Pejabat Pendidikan Daerah atau Sekolah PTJ sebagai Pusat Tanggungjawab.
Kelayakan Individu Untuk Memohon Jawatan Sebagai Guru Ganti
- Warganegara Malaysia.
- Sihat tubuh badan dan tidak cacat pancaindera.
- Berumur antara 18 – 30 tahun (Bukan Siswazah) atau 18 – 35 tahun (Siswazah).
- Sekurang-kurangnya Kepujian dalam empat (4) mata pelajaran termasuk Bahasa Malaysia di peringkat SPM.
- Syarat tambahan bagi Guru Ganti Pendidikan Islam: Kepujian Bahasa Arab (SPM) / Bahasa Arab Tinggi dan Agama Islam Tinggi / IV Senawi.
- Syarat tambahan bagi Guru Ganti Bahasa Cina: Kepujian Bahasa Cina (SPM).
- Syarat tambahan bagi Guru Ganti Bahasa Tamil: Kepujian Bahasa Tamil (SPM).
Kelayakan Sekolah Untuk Memohon Guru Ganti
- Permohonan Guru Ganti oleh sekolah adalah tertakluk kepada KEKOSONGAN SEMENTARA guru tetap yang SEDIA ADA di sekolah atas sebab Cuti Bersalin, Cuti Sakit, Cuti Rehat Khas, Cuti Tanpa Gaji, Menghadiri Kursus, Bertugas Kokurikulum & Koakademik JPN, Menunaikan Haji / Umrah dan lain-lain (kedudukan perkhidmatan yang termasuk dalam kiraan kerana dianggap masih berada di sekolah). Walau bagaimanapun kelulusan penempatan adalah tertakluk kepada Peruntukan Waran Guru Ganti dan Waran Perjawatan Tahun Semasa.
- Permohonan Guru Ganti TIDAK BOLEH digunakan bagi mengisi KEKOSONGAN PERJAWATAN guru tetap yang BELUM DIISI atau DIKOSONGKAN atas sebab persaraan, pertukaran, kenaikan pangkat, lanjut pelajaran bergaji penuh / separuh dan lain-lain (kedudukan perkhidmatan yang tidak termasuk dalam kiraan kerana dianggap tiada di sekolah).
Kepada yang berminat untuk memohon untuk menjadi Guru Ganti di Negeri Perak bolehlah dapatkan Borang Permohonan Guru Ganti 2017 di bawah:
Muat Turun
Borang Permohonan Oleh Individu
Borang GG2017-C : Borang Permohonan Jawatan Guru Ganti 2017
Borang Permohonan Oleh Sekolah
Borang GG2017-S : Borang Permohonan Guru Ganti 2017
Borang GG2017-P : Borang Pemantauan Guru Ganti 2017
Garis Panduan & Pekeliling Berkaitan
Kedudukan Perkhidmatan Guru:Kelayakan Sekolah Untuk Memohon Guru Ganti
PP Bil. 14 Tahun 2010: Kemudahan Cuti Bersalin Pegawai Perkhidmatan Awam
PP Bil. 3 Tahun 2011:Dasar dan Prosedur Pengambilan Pekerja Sambilan Harian
Sebarang pertanyaan berkaitan, sila hubungi:
Encik Kusaini bin Zulkafli
Penolong Pegawai Pendidikan Daerah (KGSK/GSTT/GG)
Unit Pengurusan Sekolah
Pejabat Pendidikan Daerah Kinta Utara
Tel: 05-2544877 / 2427293 ext 106
saya mahu menjadi guru dan berminat untuk menjadi guru