Pagi tadi PTPTN telah mengadakan Sidang Media : Pelaksanaan Penangguhan Bayaran Balik Pinjaman PTPTN (Peminjam PTPTN Perlu Kemukakan Maklumat Pendapatan) di Dewan Utama, PTPTN.

Dalam sidang media ini, Encik Wan Saiful Wan Jan selaku Pengerusi PTPTN membuat pengumuman berkenaan peminjam PTPTN yang perlu membuat pengemaskinian maklumat pendapatan.

Pengumuman tersebut adalah Semua peminjam yang patut membuat bayaran balik dan masih mempunyai baki hutang adalah dikehendaki untuk mengemaskini maklumat pendapatan mereka secara atas talian melalui portal rasmi PTPTN iaitu www.ptptn.gov.my di ruangan ‘Pengemaskinian Maklumat Pendapatan’.

Pengemaskinian boleh dibuat mulai hari ini, 16 Julai 2018 hingga selewat-lewatnya pada 25 Julai 2018 (Rabu). Sekiranya peminjam tidak mengemaskini maklumat dalam tempoh yang ditetapkan, maka

PTPTN akan menganggap bahawa mereka tidak berhasrat memohon penangguhan bayaran balik dan mereka tidak akan termasuk di dalam dasar baharu bayaran yang akan dibuat.

Rujuk: Cara Semak Baki PTPTN

Layari www.ptptn.gov.my sekarang.

Untuk tidak terlepas info penting follow: telegram.me/pendidik2u
SILA KONGSIKAN KEPADA RAKAN-RAKAN DENGAN MENEKAN BUTANG DI BAWAH: