Beberapa hari lepas Menteri Pendidikan telah mengeluarkan kenyataan pemansuhan peperiksaan di Tahap 1, dan akan digantikan dengan pentaksiran yang lebih objektif.  bermula 2019.

Ramai yang mungkin kurang pasti apakah yang dimaksudkan oleh YB. Menteri Pendidikan tersebut, adakah akan ada perkara lain pula yang akan digunakan sebagai instrumen unutk menilai murid?

Di dalam video yang telah dikongsikan di Laman Rasmi Kementerian Pendidikan, Dr. Maslee Malik telah memberikan beberapa penjelasan untuk merungkai kekeliruan tersebut.

Kita hendak penilaian dibuat untuk kemenjadian murid. Ini fokus pendekatan baru.

Demikian menurut YB Dr Maszlee Malik, Menteri Pendidikan Malaysia ketika menjelaskan dengan lanjut mengenai pelaksanaan pentaksiran alternatif yang lebih objektif bagi murid Tahap 1 yang melibatkan murid tahun 1, 2 dan 3. Ini susulan pengumuman semasa penggulungan perbahasan Laporan Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia ke-11 di Dewan Rakyat pada 30 Oktober lalu.

APAKAH MAKSUD PENTAKSIRAN YANG LEBIH OBJEKTIF?

Berikut adalah video yang harus ditonton untuk kita memahami apakah yang dimaksudkan:

"Kita hendak penilaian dibuat untuk kemenjadian murid. Ini fokus pendekatan baru."Demikian menurut YB Dr Maszlee Malik, Menteri Pendidikan Malaysia ketika menjelaskan dengan lanjut mengenai pelaksanaan pentaksiran alternatif yang lebih objektif bagi murid Tahap 1 yang melibatkan murid tahun 1, 2 dan 3. Ini susulan pengumuman semasa penggulungan perbahasan Laporan Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia ke-11 di Dewan Rakyat pada 30 Oktober lalu.Sistem pentaksiran alternatif ini akan bermula 2019.

Posted by Kementerian Pendidikan Malaysia on Khamis, 1 November 2018

Sebenarnya ia bukanlah perkara baru, ia bermula 2011 lagi, KPM sendiri telah berusaha unutk menerapkan sistem Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS), dan keluar dari sistem yang lebih berorientasikan peperiksaan.

Namun begitu, berlaku kekangan untuk melaksanakan sepenuhnya, kerana guru dibebankan pula dengan tugas-tugas mengisi data dan membuat fail serta instrumen.

Ia telah lari dari roh asalnya, akhirnya sekolah kini kembali kepada sistem peperiksaan, sebab itu kita lihat hampir semua sekolah ada peperiksaan akhir tahun.

Sepatutnya di bangku sekolah rendah, mereka dipenuhkan dengan pembinaan karakter, penerapan nilai-nilai murni, adab dan pembangunan sahsiah diri, selaras dengan falsafah pendidikan negara.

Guru juga perlu dikurangkan bebanan tugas khususnya kerja-kerja perkeranian, supaya mereka dapat menumpukan kepada usaha-usaha mendidik, menerapakan nilai, moral dan akhlak kepada murid-murid. Sekaligus mampu melahirkan murid yang mempunyai jati diri, disiplin dan akhlak yang tinggi.

Timbul persoalan jika kita tiada peperiksaan bagaimana kita mahu menilai murid-murid?

Seperti mana yang kita semua tahu, di dalam Pembelajaran Abad Ke 21, kita mempunyai pelbagai cara untuk membuat penilaian. Penilaian dibuat untuk kemenjadian murid, bukan untuk dibentangkan kepada PPD, JPN atau Nazir. Yang paling utama murid-murid yang berada di tahun ini perlu dilengkapkan dengan skil-skil yang diperlukan dan juga menguasai 4M yang disasarkan iaiitu Membaca, Mengira, Menulis dan Maknusiawi.

Ada juga yang berpendapat ia akan membebankan guru, sebenarnya tidak, guru bukan perlu melaporkan perkara negatif kepada penjaga, guru dan ibu bapa perlu bersama mencari potensi yang ada pada anak muridnya untuk dikembangkan.

Guru kelas khususnya, amat mengenali murid-muridnya, mereka dapat mengetahui karakter setiap murid, kekuatan, kelemahan dan potensi yang ada pada setiap murid. Kelebihan yang ada pada murid perlu diceritakan kepada ibu-bapa, supaya diberi nilai tambah.

Jika ada kekurangan juga perlu dibincang bersama, bagaimanakah cara tebaik untuk membangunkan potensi murid dan juga mengatasi kelemahan tersebut.

Dalam masa terdekat, Kementerian Pendidikan akan mengeluarkan kenyataan rasmi dan memberikan panduan untuk merealisasikan sistem tersebut. Kemenjadian murid adalah usaha utama kita dalam memastikan dapat melahirkan rakyat Malaysia yang berkualiti.

Untuk tidak terlepas info penting follow: telegram.me/pendidik2u