Minggu lepas tular berkenaan Iklan Pengambilan Pembantu Guru berikutan cadangan untuk mengurangkan bebanan guru iaitu dengan melantik Pembantu Guru.

Terdapat beberapa iklan yang sengaja dibuat, sedangkan jawatan tersebut belum lagi diwujudkan.

Sehubungan itu, Kementerian Pendidikan Malaysia telah pun mengeluarkan kenyataan media berkenaan penafian Iklan Pengambilan Pembantu Guru.

Berikut adalah Kenyataan Media dari KPM:

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) ingin menegaskan tidak pernah mengeluarkan sebarang iklan tawaran pengambilan Pembantu Guru di seluruh negara seperti mana yang tular di media sosial.

KPM juga ingin menjelaskan bahawa jawatan Pembantu Guru belum diwujudkan.

Sebarang pengambilan bagi pengisian jawatan Pembantu Guru, jika hendak dilaksanakan pun kelak, ia hanya akan diuruskan Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP) sebagai pihak berkuasa melantik.

Kementerian Pendidikan Malaysia
28 November 2018

Pembantu Guru KPM


ADA PERNIAGAAN / PRODUK YANG NAK DIHEBAHKAN? IKLAN DI SINI


Diharap penjelasan ini dapat mengelakkan kekeliruan terhadap orang ramai, khususnya mereka yang sedang mencari pekerjaan.

Kita juga tidak mahu mereka terpedaya dengan iklan pengambilan palsu tersebut, sebarang info berkenaan iklan yang berkaitan KPM adalah diuruskan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP).

Namun begitu bagi guru-guru, usaha untuk mewujudkan jawatan Pembantu Guru disokong penuh dan juga diharap dapat direalisasikan sekaligus memberi keringanan kepada guru-guru dalam melakukan tugas-tugas sampingan.

Guru juga difahamkan pada Awal Januari 2019, kerja-kerja pengkeranian yang membebankan akan dikurangkan. Perkara ini ditunggu-tunggu oleh guru, dan mahu melihat bagaimana ia berjaya dilaksanakan.

Untuk tidak terlepas info penting follow: telegram.me/pendidik2u