Home info Macam mana orang boleh tahu saya cikgu?

Macam mana orang boleh tahu saya cikgu?

91
10

“Bagaimana orang boleh tahu saya cikgu, sedangkan tidak pakai tanda nama atau pen merah”

Pernah tak terjadi pada anda, ketika nak beli pisang goreng di tepi jalan, penjual itu bertanya, nak berapa ringgit cikgu?

Printer Brother

Printer Brother yang boleh print depan belakang dengan mudah

Baju Tidur Perempuan Paling Murah

Baju Tidur Perempuan Paling Murah

Baju Kurung Kedah

Baju Kurung Kedah

Baju Kurung Murah

Baju Kurung Murah

Baju Kurung Widuri Cantik

Baju Kurung Widuri Cantik

Telefon Pintar Infinix 5G Murah

Telefon Pintar Infinix 5G Murah

Anda rasa hairan, macam mana dia tahu anda cikgu? Nametag tak pakai, baju pun baju biasa, baru pertama kali beli di situ, tetapi sudah tahu anda seorang guru. Mesti pernah berlaku bukan?

Seringkali apabila saya berbual dengan seseorang yang tidak dikenali, insan tersebut pasti dapat meneka bahawa saya merupakan seorang cikgu.

Pada mulanya saya juga terpinga-pinga kerana kami belum pernah berjumpa, malah saya tidak memegang pen merah apatah lagi memakai tanda nama pada waktu itu.

Lama-kelamaan saya menjadi alah bisa tegal biasa dengan situasi ini. Saya pasti cikgu-cikgu yang lain juga pernah mengalami peristiwa yang sama seperti saya, mungkin berulangkali.

Bagaimana orang lain boleh tahu saya seorang cikgu? Persoalan ini sering berlegar-legar di fikiran saya setiap kali orang boleh tahu saya seorang cikgu.

Saya pernah bertanya soalan ini kepada beberapa orang yang pandai meneka.

Bagaimana Orang Boleh Tahu Saya Cikgu?

 

1. Airmuka

Salah seorang daripada mereka berkata airmuka saya seperti wibawa seorang pendidik, lembut tetapi tegas.

Begitukah? Saya malu tersipu-sipu sendiri. Saya rasa saya ini garang lagi serius orangnya. Murid-murid tentu takut.

Tetapi kelembutan seorang guru itu mungkin terserlah pada kacamata orang dewasa yang pernah bergelar pelajar.

2. Cara percakapan

Selain daripada itu, ada juga orang dapat tahu yang saya adalah seorang cikgu kerana cara percakapan saya.

Cikgu-cikgu merupakan orang yang peramah, mudah mesra, suka bercakap dan mempunyai kemahiran interpersonal yang tinggi berbanding kerjaya lain.

Pendek kata, cikgu-cikgu tergolong dalam kalangan insan extrovert. Apabila bertemu dengan mana-mana cikgu, ada saja topik yang ingin dibualkannya.

3. Tabiat Semula Jadi di Kedai Makan

Pernah berlaku di kedai makan, ketika nak membuat bayaran, tauke kedai pun boleh tahu saya cikgu. Saya terus tanya, eh macam mana boleh tahu saya cikgu?

Dia kata, tengok cara cikgu kawal dan bercakap dengan anak dah boleh tahu cikgu.

“Selepas makan, cikgu susun pinggan, kerusi lepas bangun cikgu tolak semula ke dalam, dari situ saya boleh agak, ni cikgu”, katanya.

Rupanya, tanpa kita sedar, apa yang kita buat di sekolah, suruh murid masukkan semula kerusi ke dalam meja pun mereka perasan.

4. Masa Pulang dari Kerja

Selain dari itu, orang dapat mengetahui anda cikgu sekiranya  perasan jadual rutin harian kita. Sebelum pukul 6.45 pagi sudah keluar rumah, dalam pukul 2.30 petang sudah balik.

Jadi apabila anda singgah di kedai membeli goreng pisang pada jam 2.15 petang, sudah tentulah sangkaan pertama mereka anda seorang cikgu.

5. Gaya berpakaian

Gaya berpakaian juga mungkin penyebab orang lain dapat meneka saya seorang cikgu. Biasanya cikgu-cikgu perempuan ada gaya berpakaian yang sama.

Contohnya kalau lepas pulang dari sekolah akan berbaju kurung, dan kadang-kadang akan berbaju sukan lengkap.

Cikgu-cikgu lelaki pula akan mengenakan baju kemeja berkolar, bertali leher, seluar slack kadang-kadang lengkap dengan tali leher yang masih belum dibuka, berstokin dan berkasut kulit, dan bagi yang mengajar PJ selalu akan memakai pakaian sukan.

Pada waktu santai, biasanya cikgu-cikgu lelaki akan mengenakan t-shirt berkolar yang dimasukkan ke dalam seluar. Gaya kemas cikgu-cikgu memang mudah dijangka dari jauh lagi.

6. Aura Guru

Itu berlaku jika kita berpakaian kerja, kalau pakai biasa-biasa pun orang boleh tahu.

Ini kerana anda mungkin mempunyai aura guru yang kuat. Tengok dari jauh pun sudah tahu.

Itulah cikgu, tidak perlukan Uniform Khas untuk mengenalinya. Tetapi aura dan gaya sahaja sudah mencerminkan identitinya.

Perkara ini hanyalah pendapat sahaja, mungkin benar, dan mungkin juga tidak.

Mungkin ada lagi ciri-ciri lain yang mencerminkan kerjaya seorang cikgu hingga terserlah dalam penglihatan orang lain meskipun cikgu tersebut tidak memakai tanda nama atau meletak pen merah di poket baju.

10 COMMENTS

  1. Betul betul… selalu berlaku. Bila org yg tak dikenali panggil kita cikgu, terperanjat juga. Tengok kat baju, tak ada pun name tag. Agaknya kesopanan kita apabila berckp dgn org menyebabkan org dpt meneka bhw kita adalah GURU ?

  2. betul.. bila org yg kita x kenal panggil kita cikgu,otomatik tangan akan pegang dada.nak pastikan.. eh lupa bukak nametag ke….hahahahah

  3. Benar..
    D luar negara, seorang tour guide boleh kenal saya seorang guru!! Adoiii!!! 😂😂😂
    Bangganya saya bergelar guru. Syukur pada Mu Yaa Rabb❤️

  4. betul..sy pun pernah mengalami situasi sebegini..bila tanya pak cik kat kedai makan, mcm mana tahu sy ni cikgu? pak cik tu jwb..nmpk gaya cikgu..mestilah cikgu..

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here