Apakah itu KPLI? tentu ramai yang sudah tahu maksudnya terutamanya mereka yang selalu mengikuti jawatan kosong guru, peluang untuk menjadi guru atau sebagainya.
Ia bermaksud Kursus Perguruan Lepasan Ijazah, ia sebenarnya dibuka kepada mereka yang mempunyai ijazah yang bukan dalam bidang pendidikan. Sebagai contoh, mereka berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Al-Quran dan Sunnah, maka sesuai baginya untuk memohon KPLI Pendidikan Islam atau Bahasa Arab.
Tempoh Kursus biasanya hanya 1 tahun, kemudian akan ditempatkan di sekolah jika ada kekosongan dan lulus temuduga SPP.
Mereka yang telah tamat KPLI akan diberikan Diploma Pendidikan, yang mana ia adalah kelayakan ikhtisas untuk menjadi guru di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia.
Bagaimana Cara Memohon KPLI
Buat masa ini permohonan untuknya telah 4 tahun tidak dibuka, kerana sudah adanya lepasan PISMP iaitu mereka yang lepasan Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM).
Namun begitu, berdasarkan berita dari Sinar Harian, KPM akan melaksanakan semula KPLI dalam tempoh lima tahun akan datang sekiranya berdepan dengan masalah kekurangan guru.
Buat masa ini, berdasarkan unjuran jumlah guru masih lagi mencukupi, sebab itu ia belum dibuka. Namun setiap tahun, akan ada guru yang bersara, kematian, sakit, atau exit policy. Timbalan Menteri Pendidikan II, Datuk Chong Sin Woon berkata, KPLI itu akan dilaksanakan untuk kesemua jenis sekolah termasuk sekolah kebangsaan sekiranya KPM memerlukan guru untuk menampung kekosongan yang ada.
Bila Permohonan KPLI Dibuka?
Kepada yang berminat untuk menjadi guru harap bersabar, kita percaya ramai yang menunggu peluang ini. Bagi yang lepasan SPM eloklah memohon PISMP (5 Tahun setengah) kerana ia satu-satunya laluan perguruan yang ada sekarang ini.
Tetapi jika berminat untuk menjadi guru, boleh juga mencuba untuk memohon sebagai Guru Mara (MRSM), Guru Agama Kerajaan Negeri, Guru Swasta dan Guru Dini danTahfiz KPM. Apapun perlu menunggu sehingga iklan pengambilan dibuka.
Sila ikuti Facebook dan Telegram Pendidik2u untuk info dan maklumat terkini dunia pendidikan.