Kementerian Pendidikan sahkan seramai 365,500 atau 86 peratus daripada 425,000 guru di seluruh negara telah berdaftar sebagai pemilih.

Lebih kurang 60 ribu lagi belum mendaftar sebagai pemilih.

Menteri Pendidikan mengesa baki 14% ini hendaklah segera mendaftar sebagai pemilih, kerana ia adalah tanggungjawab sebagai rakyat Malaysia.


ADA PERNIAGAAN / PRODUK YANG NAK DIHEBAHKAN? IKLAN DI SINI


Tambahan lagi, guru merupakan ikutan contoh kepada masyarakat, banyak tempat di kawasan pedalaman guru diangkat sebagai pemimpin, ketua masyarakat dan sebagainya.

Beberapa minggu lepas, terdapat sesetengah PPD mengambil inisiatif mengeluarkan senarai nama guru yang belum mendaftar pemilih dan menjemput SPR datang ke sekolah bagi membuka kaunter pendaftaran.

Kepada yang belum mendaftar sebagai pengundi, daftarlah segera, anda penentu masa depan negara.