Home Berita KPM Akan Kaji Cadangan Pelajar Bawa Gajet

KPM Akan Kaji Cadangan Pelajar Bawa Gajet

60
0

Kementerian Pendidikan akan mengkaji secara terperinci cadangan untuk mewujudkan polisi bagi membenarkan pelajar membawa gajet dan peranti elektronik ke sekolah sebagai membantu proses pengajaran dan pembelajaran (PDP) yang dibuat oleh pentadbiran sebelum ini.

Menteri bertanggungjawab Dr Maszlee Malik berkata cadangan itu perlu diteliti sedalamnya termasuk melihat daripada sudut keselamatan serta prasarana teknologi yang ada.

Printer Brother

Printer Brother yang boleh print depan belakang dengan mudah

Baju Tidur Perempuan Paling Murah

Baju Tidur Perempuan Paling Murah

Baju Kurung Kedah

Baju Kurung Kedah

Baju Kurung Murah

Baju Kurung Murah

Baju Kurung Widuri Cantik

Baju Kurung Widuri Cantik

Telefon Pintar Infinix 5G Murah

Telefon Pintar Infinix 5G Murah

“Kementerian tidak mahu hanya menekankan kepada gajet sahaja kerana kontraktor (perisian) yang akan untung tetapi pelajar tidak mendapat manfaat.

“Maka cadangan itu perlu dilihat secara holistik dan komprehensif,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Ramah Mesra Menteri Pendidikan Bersama Pelajar Politeknik dan Kolej Komuniti dan Pra-pelancaran Sambutan Jubli Emas Politeknik Malaysia di Politeknik Ungku Omar (PUO) di Ipoh, hari ini.

Menteri Pendidikan sebelum ini, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata cadangan membenarkan pelajar membawa gajet dan perantik elektronik dikemukakan seiring pembangunan teknologi semasa.

Terdahulu dalam ucapannya, Maszlee berkata konsep kegembiraan, kasih sayang dan saling menghormati perlu diterapkan dalam sistem pendidikan negara bagi mewujudkan Malaysia sebagai negara maju seterusnya mengelak ia terjerumus dalam lembah konflik.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here