Malam tadi kita berpeluang menonton Program Bual Bicara bersama Menteri Pendidikan di RTM TV1 secara langsung, pelbagai persoalan dijawab oleh YB Dr. Maszlee Malik khususnya dalam dunia pendidikan.

Beliau juga sempat menjelaskan berkenaan Tagline Kasih Sayang, Kebahagian, dan Hormat Menghormati bagaimana ia perlu diterapkan di dalam pendidikan.

Terdapat beberapa isu yang dijelaskan beliau, antaranya ialah berkenaan ‘Guru Dukalara’. Isu ini sebenarnya telah banyak kali dijelaskan, KPM sentiasa komited dalam menjaga kebajikan guru.

Setiap permohonan akan diteliti sedalam-dalamnya, jika ada kekosongan, dan tiada masalah kekurangan guru, KPM akan berusaha melakukan yang terbaik.

Guru juga perlu berkorban, jika guru bertukar, tiada guru yang mengajar, anak murid pula akan duka lara, ibu bapa juga duka lara.

Sedutan Video Bual Bicara Bersama Menteri Pendidikan.

Apa respon guru-guru terutamanya yang terlibat dengan situasi ini?

Hasil tinjauan di beberapa group egtukar, rata-rata kurang senang dengan jawapan Menteri Pendidikan tersebut. Namun masih berharap egtukar akan ditambah baik dari masa ke semasa.

Itulah pengorbanan seorang guru, ibarat lilin membakar diri untuk menerangi orang lain.