Home Berita Kemurungan Guru Ditahap Serius

Kemurungan Guru Ditahap Serius

155
0

Beberapa hari lepas kita dikejutkan dengan beberapa kes kemurungan guru sehingga berakhir dengan kematian. Alangkah sayunya apabila mendengar berita ini, kehilangan insan tersayang atas faktor kemurungan, kerana bebanan kerja.

Hari ini dalam Utusan Malaysia, Presiden NUTP Encik Kamarozaman Abdul Razak tampil membangkitkan hal ini.

Printer Brother

Printer Brother yang boleh print depan belakang dengan mudah

Baju Tidur Perempuan Paling Murah

Baju Tidur Perempuan Paling Murah

Baju Kurung Kedah

Baju Kurung Kedah

Baju Kurung Murah

Baju Kurung Murah

Baju Kurung Widuri Cantik

Baju Kurung Widuri Cantik

Telefon Pintar Infinix 5G Murah

Telefon Pintar Infinix 5G Murah

Guru murung

Keratan Akhbar Utusan Malaysia, 26 Julai 2018

Menurut beliau, bebanan tugas guru merupakan antara faktor kepada masalah kemurungan, ada guru yang terpaksa mengendalikan kelas yang besar sehingga 60 orang murid. Apabila murid terlalu ramai sudah pastilah cabarannya cukup besar.

Selain daripada itu, masalah-masalah lain seperti masalah peribadi, kewangan, keluarga, dan sebagainya akan menambah lagi tekanan hidup.

Beliau mengulas mengenai seorang guru wanita berusia 36 tahun yang mengalami kemurungan ditemukan mati dalam keadaan terlentang dipercayai terjatuh dari tingkat lima sebuah pasar raya di Ipoh, minggu lalu kerana tidak dapat menerima beban kerja yang banyak.

Beliau juga mencadangkan, Guru Kaunseling untuk guru perlu disediakan, kerana berdasarkan cabaran semasa, bukan murid sahaja yang memerlukan kaunseling.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here