Home Artikel Guru Berjiwa Guru, Bukan Sekadar di Bilik Darjah

Guru Berjiwa Guru, Bukan Sekadar di Bilik Darjah

18
0

Ruam panas belum lagi reda dari dakapan tubuh. Ditambahnya lagi dengan rentetan isu yang baru. Hal yang sama dan hampir pasti memerangkap duniawi untuk sama-sama bertanggungjawab.

Kurang berminat apabila kisah kemenjadian murid yang semakin menjadi-jadi diakhir ini. Isu panas yang didedahkan oleh rakan guru telah tular di media sosial. Hakikat yang sukar untuk dibahaskan. Bahkan ia berlalu begitu saja.

Printer Brother

Printer Brother yang boleh print depan belakang dengan mudah

Baju Tidur Perempuan Paling Murah

Baju Tidur Perempuan Paling Murah

Baju Kurung Kedah

Baju Kurung Kedah

Baju Kurung Murah

Baju Kurung Murah

Baju Kurung Widuri Cantik

Baju Kurung Widuri Cantik

Telefon Pintar Infinix 5G Murah

Telefon Pintar Infinix 5G Murah

“Abang, anak murid sayang.. Tahun depan bakal menjengah ke alam PT3… Baru sahaja selesai mengugurkan kandungan”, ujar isteriku.

Soalnya kepada siapa perkara ini hendak dituju? Benda yang sama kedengaran. Hanya Ibu dan bapa yang harus dipersalahkan? Tidak mengawal pergerakan anak-anak. Terlalu sibuk dengan urusan duniawi. Langsung tidak mempedulikan anak-anak. Anak-anak dibiarkan tanpa dibekalkan dengan kasih sayang yang secukupnya.

Suka untuk berkongsi. Sedikit untuk dijadikan tatapan serta renungan bersama. Penglibatan guru dalam pembentukan sahsiah murid. Hal yang sama difikirkan saban hari. Malah ada pula yang mencemuh. Seolah-olah terlalu sukar untuk digapai.

Kisah guruku yang lama mendidik kami. Bukan membincangkan soal memanjakan murid. Tapi lebih dari segi penghayatan jiwa. Jiwa seorang guru yang hanya bukan mendidik di papan putih sekolah. Malah berterusan hingga ke luar pagar.

Melihat ketekunan serta ketabahan mereka guru terdahulu, membuatkan diri menghormati kerjaya ini. Walaupun sekarang ditembak kiri dan kanan. Dicemuh depan dan belakang. Biar soal itu Allah yang tentukan.

Apa yang saya suka kongsikan, bilamana murid itu terlalu dekat dengan guru. InsyaAllah sedikit sebanyak akan membantu para guru untuk lebih memahami jiwa pelajar. Memahami konteks serta cabaran yang diterima guru kini. Terlalu mencabar.

Sukar untuk dirumuskan dengan teori semata-mata. Bahkan apa yang lagi penting ketika ini adalah untuk guru sama-sama turun padang.

Ambillah masa dan ruang yang ada. Sesekala jenguk dan ziarahlah tempat anak pelajar kita tinggal. Agak bertuah bila variasi anak pelajar saya bertumpukan kawasan kampung. Sambil melayan dengungan enjin motorsikal kapcai, membelah suasana kampung disamping cuba untuk mengenal latar belakang anak pelajar.

Dimana mereka tinggal, bagaimana keadaan rumah mereka. Apa aktiviti petang yang dilakukan mereka. Setidak-tidaknya kita tidak terus berani menghukum mereka sekiranya mereka datang ke sekolah dengan pakaian koyak rabak serta kasut kehitaman.

Manfaatkan secebis ruang dengan kemudahan rezeki yang dikurniakan tuhan. Berkongsi dengan anak pelajar kita. Ketika berada di Sabah, pernah menghadiahkan anak pelajar dengan sepasang kasut bola Adidas.

Disebabkan pemilihan beliau ketika itu hampir pasti untuk menyarungkan jersi mewakili Sabah bawah 12 tahun. Carilah anak pelajar yang kehidupan mereka agak susah. Hal ini membuatkan pelajar itu lebih rasa dihargai serta membuatkan terus berdaya juang dalam bidang yang diceburi.

Perkara yang sama saya ulangi ketika berada di Sarawak. Sekolah yang saya menumpang kenangan indah hingga sekarang.

Membayangkan kembali bagaimana guru kami yang mulia. Lingkungan 20 tahun yang lalu.Menumpangkan saya serta beberapa rakan yang lain. Berkongsi bukan hanya setakat ilmu di bilik darjah, malah terlebih penting ilmu yang mempersiapkan diri menuju alam kejayaan.

Dibawanya kami ke rumah. Terkadang bermalam serta dijamukan makan bersama. Tapi pastikan sama jantina ok !. Kelak mendatangkan isu.

Yang pastinya tepuk dada tanya iman masing-masing. Saat dunia bergelut dengan pelbagai karenah serta kata nista yang bertebaran, sama-sama berganding bahu demi mencapai satu matlamat. Melahirkan pelajar yang bukan sahaja berjaya duniawi, yang lebih diimpikan berjaya ukhrawi.

Selamat bercuti saya ucapkan kepada semua guru yang terlalu banyak beban tugasan. Sehingga dibebani dengan struktur kerja yang mencucuk jiwa dan perasaan.

Mohon abaikan jika teguran ini sia-sia dan membuang masa kalian!

Ustaz Wan
SK Combined
Kuching, Sarawak.

 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here