Home info Download Kamus Jawi Access

Download Kamus Jawi Access

3
2


Tulisan jawi adalah salah satu daripada warisan bangsa Melayu yang  perlu dipertahan dan dipelihara. Pada satu ketika dulu,tulisan jawi menjadi antara medium bagi penyampaian ilmu di kalangan umat Islam di nusantara. Selain itu, tulisan jawi juga digunakan bagi menyelesaikan urusan harian seperti jual beli, undang-undang, dan perhubungan antarabangsa.

Pelajaran Jawimerupakan salah satu bidang yang sangat penting di bawah sukatan pelajaran Pendidikan Islam sekolah rendah. Kementerian Pendidikan Malaysia pada tahun 1992 memasukkan pelajaran Jawi kedalam Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) yang memberi tumpuan kepada kemahiran membaca dan menulis Jawi dan tulisan ini hanya diajar dalam subjek pendidikan Islam dan bukannya subjek bahasa Melayu.

Begitu juga melalui program j-QAF yang telah dicetuskan ideanya pada tahun 2004 oleh Tun Abdullah Ahmad Badawi Mantan Perdana Menteri dan pelaksanaannya pada tahun 2005, program ini menekankan pemulihan jawi penguasaan al-Quran , Bahasa Arab dan Fardu Ain sebagai elemen penting dalam usaha memperkasakan murid-murid di sekolah kebangsaan. Pendekatan yang dijalankan merupakah salah satu langkah bijak untuk membentuk generasi kini yang celik Jawi. Beberapa penambahbaikan telah dilakukan seperti buku-buku teks Pendidikan Islam dan Jawi juga dalam tulisan jawi dan yang terkini penggunaan tulisan jawi sepenuhnya dalam Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) bagi kedua-dua mata pelajaran ini.
Di sini Pendidik2u ingin tunjukkan cara guna Kamus Jawi Access:

Kamus Jawi

 Untuk cari tulisan jawi, anda hanya perlu klik pada ” Klik untuk carian Daftar Kata “.. dan masukkan perkataan yang ingin ditukarkan ke jawi.

Kamus Jawi Access

 Kemudian akan dapat hasilnya seperti di bawah..

Jawi Translator
Sebelum anda guna anda perlu masukkan font jawi ke dalam folder font di control panel:

Enable Macro:

Selesai… Selamat menggunakan Kamus Jawi Access
Bagi guru-guru yang berminat untuk mendapatkan Kamus Jawi Access boleh dapatkanya dengan kaedah berikut:

1. LIKE Facebook Pendidik2u
2. Hantar massages ” Kamus Jawi ” di SINI
3. Comment “Saya dah hantar msg” di bawah..
4. Daftar di SINI
5. Link download akan diberikan kepada yang mengikut kaedah..

2 COMMENTS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here