Quran in Word merupakan salah satu software ataupun aplikasi tambahan yang penting buat guru-guru, terutamanya untuk guru-guru Pendidikan Islam untuk membuat bahan bantu mengajar yang baik. Dengan adanya Quran in word kita boleh mengambil ayat Al-Quran dengan hanya memilih surah dan ayatnya sahaja. Ia juga disertakan baris dan terjemahan dalam Bahasa Melayu dan English.
Bagi guru-guru yang ingin download Quran In Word boleh download di bawah:
Selain gunakan di Microsoft Word anda juga boleh gunakan di Power Point untuk slide show, tetapi jika kita copy and paste ayat akan berterabur bukan? ada kaedah yang perlu anda ikuti supaya ayat yang di paste di Slide Power Point tidak berterabur. Bagaimana cara letak Quran in Word dalam Slide Power Point?
Untuk letak di Slide Power Point, anda semestinya perlu download terlebih dahulu Quran in Word dan Install.
CARA LETAK QURAN IN WORD DALAM POWER POINT
Seperti Biasa anda perlu buka Microsoft Word – pergi ke Quran in Word – Pilih Surah dan Ayat.
Kemudian pergi pula ke Slide Power Point – Insert – Object – Microsoft Word
Pergi semula ke Microsoft Word yang sudah ditulis ayat tadi – Paste di ruang yang ada di slide Power Point
Select All ayat dan tukarkan ke kanan seperti di bawah:
Hasilnya seperti dibawah:
Semoga anda dapat memfaatkannya..selamat mencuba..