Tanggungjawab terhadap OKU merupakan tanggungjawab semua dan bukan hanya tergalas di bahu KPM semata-mata. Setiap daripada kita yang terlibat dalam sistem ini termasuk pengurusan tertinggi, pentadbir, tenaga pengajar, pelajar dan kakitangan sokongan di setiap
peringkat wajar memastikan hak-hak OKU sentiasa terpelihara.

Mulai tahun ini, Kementerian telah melaksanakan Dasar Sifar Penolakan (Zero-reject Policy) secara menyeluruh bagi Murid Berkeperluan Khas (MBK). Ini bagi memastikan tiada murid dalam kalangan OKU yang dinafikan hak mereka untuk memasuki alam persekolahan.

Sebagai kesinambungan, Dasar Inklusif OKU juga akan dilaksanakan dan diberi keutamaan di semua institusi pendidikan tinggi bagi memastikan kemudahan dan sistem sokongan pendidikan yang berterusan dapat diberikan kepada pelajar-pelajar OKU yang berjaya
mendapat tempat di Universiti Awam dan Swasta.

Garis Panduan yang telah dihasilkan ini bertujuan untuk membantu setiap institusi pendidikan tinggi melaksanakan Dasar Inklusif OKU di institusi masing-masing secara komprehensif dan
holistik.

Kepada yang berminat untuk mendapatkan Garis Panduan ini boleh muat turun di : Dasar Inklusif OKU