Media Sosial merupakan salah satu medium penyampaian maklumat yang sangat pantas. Mungkin anda sendiri menyedari salah satu kempen yang ada dalam beberapa minggu ini adalah Utamakan Produk Muslim, yang mana menggunakan hastag #BMF singkatan kepada Buy Muslim First.

Namun begitu ada yang berpendapat, ia adalah kempen memboikot produk bukan Islam.

Pada 4 September juga satu Kenyataan Media dari Jemaah Menteri yang menolak Kempen Memboikot Barangan Bukan dari Pengusaha Muslim dan mahu rakyat lebih kepada Kempen Belilah Barangan Buatan Malaysia.

Kami juga telah membuat tinjauan di media sosial, apakah benar ia kempen memboikot barangan bukan islam atau kempen mengutamakan produk muslim.

Tidak dilupakan juga untuk meninjau kedai-kedai runcit dan pasaraya besar, didapati beberapa barangan keperluan seperti minyak, beras, roti dan beberapa produk lain diturunkan harga yang lebih rendah dari harga biasa. Mungkin ada sedikit kesan terhadap kempen BMF. Anda juga boleh membuat tinjauan sendiri untuk mendapatkan kepastian.

Manakala kempen Belilah Barangan Buatan Malaysia sememangnya telah berjalan sejak dulu lagi, tidak dinafikan ia memang baik untuk ekonomi negara.

Kami juga ingin mendapat pandangan ramai adakah anda lebih kepada Belilah Barangan Buatan Malaysia (BBBM) atau lebih spesifik kepada Utamakan Produk Muslim (BMF), Boleh buat undian di Poll di bawah:

Coming Soon
Kempen manakah yang anda berminat untuk menyokongnya?
Kempen manakah yang anda berminat untuk menyokongnya?
Kempen manakah yang anda berminat untuk menyokongnya?

Artikel ini sekadar ingin mendapatkan pandangan awam, sama ada memilih BMF atau BBBM.