UPSR merupakan salah satu daripada Pentaksiran Pusat yang akan diambil oleh  murid-murid di tahun 6.

Jadual Waktu Peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah pada tahun ini telah dibahagikan kepada 3 kategori iaitu:

  • Calon Biasa
  • Calon Berkeperluan Khas CBK Kategori A
  • Calon Berkeperluan Khas CBK B Kategori B

Ini dapat memudahkan lagi calon-calon yang berkeperluan khas dan Pengawas Peperiksaan khususnya yang tidak perlu lagi mengira waktu yang perlu ditambah setiap kali peperiksaan.

GARIS PANDUAN DAN ARAHAN PEPERIKSAAN
UJIAN PENCAPAIAN SEKOLAH RENDAH
2019


ADA PERNIAGAAN / PRODUK YANG NAK DIHEBAHKAN? IKLAN DI SINI


KETUA PENGAWAS PEPERIKSAAN – ARAHAN AM
Ketua Pengawas Peperiksaan hendaklah:
1. memastikan semua Garis Panduan dan Arahan Peperiksaan dalam Jadual Waktu
Peperiksaan UPSR 2019 dimaklumkan kepada calon.
2. mencatatkan di papan tulis dan memaklumkan kepada calon butiran kod kertas,
nama kertas, waktu, masa peperiksaan dan errata (jika ada) bagi kertas
peperiksaan.
3. mengedarkan kertas peperiksaan mengikut tarikh dan waktu yang tercatat dalam
Jadual Waktu Peperiksaan UPSR 2019.

4. mengedarkan kertas peperiksaan dengan muka hadapan kertas peperiksaan
di sebelah atas.
5. mengarahkan calon supaya menyemak butiran kod kertas, nama kertas, masa
peperiksaan dan arahan pada muka hadapan kertas peperiksaan bagi memastikan
calon mendapat kertas peperiksaan yang betul.
6. mengedarkan kertas jawapan mengikut keperluan mata pelajaran seperti yang
tercatat pada muka hadapan kertas peperiksaan.
7. memastikan calon mengemukakan dokumen sokongan seperti surat perakuan
doktor sebagai bukti calon tidak dapat menduduki mana-mana kertas peperiksaan.

8. memastikan bilangan skrip jawapan peperiksaan yang dikumpul dan dicatat
pada borang *LP/Am 29 – Pin. 1/2019 akur dengan bilangan calon dalam
Buku Rekod Pengawasan (BRP) bagi sesuatu kertas peperiksaan.
9. menyediakan laporan menggunakan Borang LP/Am 30 sekiranya calon melanggar
sebarang peraturan peperiksaan di Bahagian D: 7. Larangan di Dewan/Bilik
Peperiksaan.
10. memastikan calon mengisi Borang LP/Am 31 sekiranya calon melanggar sebarang
peraturan peperiksaan di Bahagian D: 7. Larangan di Dewan/Bilik Peperiksaan.

11. merujuk kepada Buku Panduan Pengurusan Pusat Peperiksaan Bertulis yang
sedang berkuatkuasa.

Kepada yang berminat untuk mendapatkan Jadual Ujian Pencapaian Sekolah Rendah bolehlah muat turun di pautan berikut:

Jadual UPSR 2019 Calon Biasa

Jadual CBK Kategori A

Jadual CBK Kategori B