Mekanisme baharu untuk menggantikan Skim Pencen Perkhidmatan Awam masih di peringkat kajian.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata, selepas kajian itu selesai, hasilnya akan dibentangkan ke peringkat kabinet.

“Sama ada kabinet setuju atau tidak, ia memerlukan perbincangan lanjut lagi.

“Mengenai persediaan pula, belum ada butirannya dan ia akan diperincikan kemudian,” katanya.

Dr Wan Azizah mengulas mengenai laporan kerajaan akan memperkenalkan mekanisme baharu yang akan menggantikan Skim Pencen Perkhidmatan Awam dan ia dijangka dilaksanakan tahun depan membabitkan lantikan baharu dalam sektor berkenaan.


ADA PERNIAGAAN / PRODUK YANG NAK DIHEBAHKAN? IKLAN DI SINI


Sebelum ini, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Datuk Seri Borhan Dolah berkata, tiada lagi skim pencen untuk lantikan baharu mulai tahun hadapan.