Memandangkan ramai guru-guru yang mahu menghasilkan video pengajaran untuk PdPr tetapi masih belum mahir menggunakan sebarang software yang dapat membantu merekod atau merakam video.

Sebenarnya untuk menghasilkan video pdp beserta dengan audio suara kita mengajar amat mudah, anda boleh menggunakan Microsoft Powerpoint sahaja. Versi yang ada fungsi recording adalah 2010 ke atas.

Mari kita lihat bagaimana cara untuk merakam atau rekod video menggunakan Powerpoint.

Pertama sekali anda perlu membuka perisian Powerpoint di komputer atau laptop anda. Kemudian anda lihat di bahagian atas ada ‘Recording’. Bagi yang tiada jangan bimbang, ikut langkah ini:

Buka Powerpoint – Klik File (Ada di Tepi Kiri) – Option – Customize Ribbon – Di Main Tab Tick Recording, rujuk video di bawah:

Setelah anda selesai setting perkara di atas, anda bolehlah membuat rakaman. tetapi sebelum mula merakam anda siapkan dahulu slide powerpoint anda.

Cara untuk memulakan rakaman:

  1. Buka slide powerpoint anda yang telah siap.
  2. Tekan Recording – Pilih Record Slide Show

cara record powerpoint

Paparan slide akan keluar seperti dibawah:


ADA PERNIAGAAN / PRODUK YANG NAK DIHEBAHKAN? IKLAN DI SINI


Bila paparan di atas ini sudah keluar, ini bermakna anda sudah boleh mula merekod, tekan button merad Record di sudut atas kiri tersebut.

Anda juga boleh menerangkan setiap slide dengan menggunakan suara anda, pastikan Laptop anda ada Mic, untuk kualiti suara yang lebih jelas boleh gunakan headphone atau earphone yang mempunyai Microphone.

Jika guna Desktop PC anda boleh beli Webcam dan microphone tambahan.

Selain suara, anda juga boleh open webcam, nanti gambar anda akan muncul di sudut sebelah kanan bawah.

Setelah anda siap merekod, anda boleh save kepada video caranya seperti biasa;

File – Save As – Pilih MP4 – Save

Sekiranya anda belum faham penerangan di atas anda boleh tonton video tutorial dibawah:

 

Mudah bukan, selepas ini anda boleh cuba dahulu sendiri, sekiranya ada masalah boleh hubungi kami di Page Pendidik2u atau boleh tanya rakan-rakan yang pakar.

Semoga perkongsian ini dapat membantu anda dalam menghasilkan video untuk PDPR anda. Sila share sekiranya info ini berguna.