Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah melaksanakan penjajaran kurikulum selaras
dengan pengumuman pembukaan semula sekolah berdasarkan Takwim Persekolahan
2020 yang dipinda.

Pada ketika itu, Kandungan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR)
telah dijajarkan bagi tujuan kegunaan pengajaran dan pembelajaran bagi memenuhi
keperluan pembelajaran murid yang terkesan lanjutan daripada Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Susulan penutupan semula sekolah sepenuhnya mulai 9 Novermber 2020, sekolah telah melaksanakan pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR) sehingga hari terakhir persekolahan bagi tahun 2020.

Meskipun guru telah berusaha untuk melaksanakan PdPR, namun masih terdapat cabaran dari aspek pelaksanaannya yang akan memberi implikasi terhadap pembelajaran murid pada tahun 2021.

Sehubungan dengan itu, KPM telah memutuskan untuk meneruskan pelaksanaan Penjajaran Kurikulum Versi 2.0 bagi tahun 2021.

Penjajaran Kurikulum Versi 2.0 merupakan usaha KPM bagi membantu guru untuk memastikan kelangsungan pembelajaran murid dilaksanakan.

Kurikulum yang dijajarkan ini bukanlah kurikulum baharu, tetapi kurikulum sedia ada yang disusun semula berdasarkan Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) KSSR serta ditambah baik daripada dokumen penjajaran kurikulum sebelumnya. Kandungan kurikulum disusun berdasarkan kandungan asas yang perlu dikuasai oleh murid.

Manakala, kandungan tambahan dan pelengkap perlu diajar bagi menyokong keseluruhan
pembelajaran sesuatu mata pelajaran yang boleh dilaksanakan melalui pelbagai kaedah dan teknik pembelajaran.

Harapan KPM agar guru dapat terus merancang dan melaksanakan pengajaran dan pembelajaran pada tahun 2021 dengan lebih berkesan.

KPM juga merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam melaksanakan kurikulum yang dijajarkan.


ADA PERNIAGAAN / PRODUK YANG NAK DIHEBAHKAN? IKLAN DI SINI


DPK 2.0 Bahasa Arab Tahun 5

DPK 2.0 Bahasa Cina SJKC Tahun 5

DPK 2.0 Bahasa Cina SK Tahun 5

DPK 2.0 Bahasa Iban Tahun 5

DPK 2.0 Bahasa Inggeris SJK Tahun 5

DPK 2.0 Bahasa Inggeris SK Tahun 5

DPK 2.0 Bahasa Kadazandusun Tahun 5

DPK 2.0 Bahasa Melayu SJK Tahun 5

DPK 2.0 Bahasa Melayu SK Tahun 5

DPK 2.0 Bahasa Semai Tahun 5

DPK 2.0 Bahasa Tamil SJKT Tahun 5

DPK 2.0 Bahasa Tamil SK Tahun 5

DPK 2.0 Matematik Tahun 5