Borang Rayuan Permohonan Ke Tingkatan 6 Sekolah Agama Berasrama Penuh (SBP) Kolej Islam Sultan Alam Shah (Kisas) Ambilan Murid STAM Tahun 2019.
Sukacita dimaklumkan bahawa PERMOHONAN RAYUAN KEMASUKAN KE TINGKATAN 6 bagi Murid STAM Ambilan Tahun 2019 KISAS dibuka bermula pada 1 September 2018 sehingga 30 September 2018. URL untuk muat turun borang permohonan ke tingkatan 6 STAM di KISAS adalah seperti di bawah:
Sila sertakan 1 salinan dokumen-dokumen berikut yang telah disahkan bersama borang permohonan.
- Keputusan spm
- Kad pengenalan
- Surat beranak
- Sijil-sijil kokurikulum
- Sijil Menengah Agama (SMA)
Borang permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah sampai sebelum atau pada 30 september 2018 ke alamat berikut :
| Pengarah, Bahagian pendidikan islam, aras bawah dan 2, Lot 2251, jalan usahawan 1, 63000 cyberjaya, selangor darul ehsan. (u.p: sektor kemajuan sekolah agama) |
Syarat kemasukan ke tingkatan 6 (STAM) Sekolah Menengah Agama Berasrama Penuh Kolej Islam Sultan Alam Shah (KISAS)
- Warganegara malaysia.
- Lulus perperiksaan sijil pelajaran malaysia (spm)
- Memperolehi kepujian dalam bahasa melayu sekurang-kurangnya 6c.
- Memperolehi kepujian dalam bahasa arab tinggi sekurang-kurangnya 6c.
- Lulus kedua-dua matapelajaran berikut dan satu daripadanya sekurang- kurangnya 6c.
I) pendidikan syariah islamiah
Ii) pendidikan al-quran & as-sunnah
- Memperolehi agregat tidak melebihi 14 mata untuk tiga matapelajaran terbaik.
- Umur tidak kurang daripada 17 tahun dan tidak melebihi 20 tahun pada tahun permohonan semasa.
- Keputusan sijil menengah agama (sma) sekurang-kurangnya jayyid jiddan
- Lulus ujian khas kelayakan (temuduga)
- Surat tawaran kemasukan ke tingkatan enam stam di kisas akan dihantar kepada pemohon yang berjaya melalui e-mel.









