Jawatankuasa Kajian Dasar Pendidikan Negara telah mengeluarkan Kenyataan Media mempelawa orang ramai memberi pandangan mengenai Dasar Pendidikan Negara.

Kita juga mengakui ramai rakyat Malaysia yang mahu memberikan cadangan dan pandagan ke arah penambahbaikan pendidikan negara.

Berikut adalah kenyataan media dari JKD:

beri pandangan dasar

Jemaah Menteri dalam mesyuaratnya pada 6 Jun 2018 telah memutuskan supaya Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menubuhkan Jawatankuasa Kajian Dasar Pendidikan Negara (JKD) untuk mengkaji semula dasar pendidikan negara. Termasuk menambah baik kurikulum dan sistem pendidikan dari peringkatprasekolah sehingga universiti, yang turut meliputi aspek kesedaran sivik dan pembentukan nilai-nilai murni.

Bagi memenuhi tanggungjawab tersebut, JKD yang terdiri daripada 13 ahli, sedang mengendalikan satu tinjauan umum bagi mengumpul maklumat daripada rakyat Malaysia sama ada individu, kumpulan dan institusi yang mempunyai cadangan dan perakuan ke arah menambah baik dan membawa perubahan kepada sistem pendidikan negara.

JKD juga telah mengadakan siri pertemuan dengan pihak-pihak berkepentingan dalam perbincangan secara bersemuka, sesi dialog awam, taklimat dan syarahan umum.

Sehubungan dengan itu, orang ramai dipelawa berkongsi dan mengemukakan cadangan dan idea masing-masing menerusi pautan https://goo.gl/forms/fq0dj2BFqQPoGEZx1 atau http://bit.ly/cadangankejkd

Selain itu, borang khas bagi tujuan tersebut boleh diperoleh dengan menulis kepada JKD di e-mel jkkdpn@gmail.com


Diharap ramai yang dapat memberikan pandangan dalam menambahbaik lagi sistem pendidikan negara kita.

Link borang telah ditaip semula, memudahkan untuk orang ramai terus klik. (Admin juga hairan kenapa KPM tidak menggunakan URL Shortener untuk memendekkan link tersebut)