Home info Urusan Pemangkuan PPP Sebagai Guru Besar Dari Gred Dg41 Ke Gred Dg44...

Urusan Pemangkuan PPP Sebagai Guru Besar Dari Gred Dg41 Ke Gred Dg44 Secara Khas

65
0
URUSAN PEMANGKUAN PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN (PPP) SEBAGAI GURU BESAR DARI GRED DG41 KE GRED DG44 SECARA KHAS UNTUK PENYANDANG (KUP) BAGI TAHUN 2016
Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.
Sukacita dimaklumkan bahawa Bahagian Pengurusan Sumber Manusia (BPSM), Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan melaksanakan urusan pemangkuan Guru Besar Gred DG41 ke Gred DG44 secara Khas Untuk Penyandang (KUP) bagi tahun 2016 bermula 11 Julai 2016 sehingga 21 Ogos 2016.
Urusan pemangkuan ini terbuka kepada semua PPP yang telah berkhidmat sekurang-kurangnya 3 tahun di Gred DG41 sebelum atau pada 31 Oktober 2016 sebagai Pengetua/Guru Besar serta memenuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan dalam urusan pemangkuan ini. Permohonan hendaklah melalui Ketua Jabatan dengan menggunakan Sistem Kenaikan Pangkat (ePangkat). Permohonan yang dikemukakan ke BPSM secara luar talian tidak akan dipertimbangkan.

Bagi Guru Besar yang layak dinaikkan pangkat ke Gred DG44 (KUP) secara Time-Based Ex-PPPLD padaTahun 2016 dan 2017 adalah TIDAK DIBENARKAN memohon urusan pemangkuan Laluan Khas ini memandangkan tarikh kenaikan pangkat pegawai secara TBBK Ex-PPPLD adalah lebih awal. Oleh itu, Ketua Jabatan hendaklah memperakukan pegawai-pegawai ini untuk urusan kenaikan pangkat secara TBBK Ex-PPPLD tertakluk kepada iklan yang akan dibuka.

Iklan boleh mula dipohon mulai 11 Julai 2016.
Keterangan lanjut sila rujuk pada lampiran Surat Siaran di bawah
Terima Kasih.

Printer Brother

Printer Brother yang boleh print depan belakang dengan mudah

Baju Tidur Perempuan Paling Murah

Baju Tidur Perempuan Paling Murah

Baju Kurung Kedah

Baju Kurung Kedah

Baju Kurung Murah

Baju Kurung Murah

Baju Kurung Widuri Cantik

Baju Kurung Widuri Cantik

Telefon Pintar Infinix 5G Murah

Telefon Pintar Infinix 5G Murah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here