Home info Syarat Permohonan NPQEL Yang Perlu Anda Tahu

Syarat Permohonan NPQEL Yang Perlu Anda Tahu

64
0

Ramai yang berminat untuk menjadi Guru Besar atau Pengetua? Salah satu program yang perlu dilalui adalah NPQEL iaitu:

PROGRAM KELAYAKAN PROFESIONAL PEMIMPIN PENDIDIKAN KEBANGSAAN NATIONAL PROFESSIONAL QUALIFICATION FOR EDUCATIONAL LEADERS (NPQEL)

Printer Brother

Printer Brother yang boleh print depan belakang dengan mudah

Baju Tidur Perempuan Paling Murah

Baju Tidur Perempuan Paling Murah

Baju Kurung Kedah

Baju Kurung Kedah

Baju Kurung Murah

Baju Kurung Murah

Baju Kurung Widuri Cantik

Baju Kurung Widuri Cantik

Telefon Pintar Infinix 5G Murah

Telefon Pintar Infinix 5G Murah

Apakah Syarat-syarat NPQEL? boleh rujuk di bawah:

SYARAT-SYARAT PERMOHONAN

Syarat Umum
(a) Telah disahkan dalam perkhidmatan;
(b) Mencapai tahap prestasi yang ditetapkan iaitu sekurang-kurangnya 85%
berdasarkan wajaran Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT)/Penilaian
Bersepadu Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PBPPP) tiga (3) tahun terakhir;
(c) Bebas daripada tindakan tatatertib;
(d) Telah mengisytiharkan harta dalam tempoh tidak melebihi lima (5) tahun;
(e) Bebas daripada senarai Peminjam Tegar Institusi Pinjaman Pendidikan; dan
(f) Diperakukan oleh Ketua Jabatan/Ketua Perkhidmatan.


Syarat Khusus
(a) Telah dinaikkan pangkat ke Gred DG48 (bagi calon Pengetua) atau Gred
DG32/DG34 (bagi calon Guru Besar) atau sekurang-kurangnya lima (5) tahun di Gred DG29 bagi calon Guru Besar SKM(B) untuk urusan penempatan pemangkuan;
(b) Mempunyai pengkhususan dalam bidang tertentu:
 Pengetua: Bidang Umum/Teknikal/Pendidikan Islam;
 Guru Besar: Bidang Umum/Cina/Tamil;
(c) Mempunyai pengalaman sekurang-kurangnya tiga (3) tahun berkhidmat sebagai Guru Kanan Mata Pelajaran/Penolong Kanan (termasuk Penolong Kanan yang dilantik secara pentadbiran di SKM(B)/jawatan-jawatan pentadbiran di PPD/JPN/Bahagian/Institut Aminuddin Baki/Institut Pendidikan Guru/Kolej Matrikulasi;
(d) Mempunyai baki tempoh perkhidmatan sekurang-kurangnya lima (5) tahun sebelum bersara bagi penempatan ke jawatan PGB (tertakluk kepada tarikh kekosongan); dan
(e) Melepasi tahap kesihatan yang memuaskan (Perenggan 9, Pekeliling
Perkhidmatan Bil. 1 Tahun 2013).

[pdf-embedder url=”https://www.pendidik2u.my/wp-content/uploads/2019/06/Syarat-Permohonan-NPQEL.pdf” title=”Syarat Permohonan NPQEL”]

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here