Home info Standard 4: Guru Sebagai Perancang

Standard 4: Guru Sebagai Perancang

94
0
borang standard 4

Di dalam Borang Penskoran Standard 4: Pembelajaran dan Pemudahcaraan terdapat 6 Aspek yang perlu dilihat oleh guru untu mencapai standard PDPC yang cemerlang iaitu:

  • Aspek 4.1: Guru Sebagai Perancang
  • Aspek 4.2: Guru Sebagai Pengawal
  • Aspek 4.3: Guru Sebagai Pembimbing
  • Aspek 4.4: Guru Sebagai Pendorong
  • Aspek 4.5: Guru Sebagai Penilai
  • Aspek 4.6: Murid Sebagai Pembelajar Aktif

Di sini, kita akan melihat Aspek 4.1 iaitu Guru Sebagai Perancang, ia merupakan aspek pertama yang perlu dikuasai dan difahami oleh guru-guru.

Printer Brother

Printer Brother yang boleh print depan belakang dengan mudah

Baju Tidur Perempuan Paling Murah

Baju Tidur Perempuan Paling Murah

Baju Kurung Kedah

Baju Kurung Kedah

Baju Kurung Murah

Baju Kurung Murah

Baju Kurung Widuri Cantik

Baju Kurung Widuri Cantik

Telefon Pintar Infinix 5G Murah

Telefon Pintar Infinix 5G Murah

Mungkin bagi guru-guru baharu tidak faham apakah benda ini? Ia sebenarnya salah satu daripada aspek di dalam borang pencerapan. Pencerap PdPc kita, akan membawa borang Standard 4 ini. Mereka akan meneliti 6 aspek tadi, dan melihat adakah Pdpc kita mempunyai aspek-aspek tersebut.

GURU SEBAGAI PERANCANG

[pdf-embedder url=”https://www.pendidik2u.my/wp-content/uploads/2018/10/Guru-sebagai-perancang.pdf” title=”Guru sebagai perancang”]

PERNYATAAN STANDARD:
Guru berperanan sebagai pemudah cara dalam proses pembelajaran dan pengajaran (PdP) yang berkesan untuk memperkembangkan potensi murid secara menyeluruh dan meningkatkan pencapaian murid pada tahap optimum secara berterusan.

KRITERIA KRITIKAL:
Guru bertindak sebagai perancang untuk memastikan kesediaan dan persediaan yang rapi dalam melaksanakan Pembelajaran dan Pemudahcaraan (PdPc).

Guru merancang pelaksanaan PdPc secara profesional dan sistematik. Menyediakan RPH, menentukan kaedah pentaksiran dan menyediakan sumber pendidikan mengikut keupayaan murid, peruntukan masa dan mematuhi arahan yang berkuat kuasa.

Guru merancang pelaksanaan PdPc dengan:
i. menyediakan RPH yang mengandungi objektif yang boleh diukur dan aktiviti pembelajaran yang sesuai
ii. menentukan kaedah pentaksiran dalam PdPc
iii. menyediakan ABM/BBM/BBB/TMK.

Tindakan dilaksanakan:
i. mengikut pelbagai aras keupayaan murid
ii. mengikut peruntukan masa yang ditetapkan
iii. dengan mematuhi ketetapan kurikulum/arahan yang berkuat kuasa.

RUBRIK PENSKORAN
Tahap Tindakan Tahap Kualiti
4 Guru merancang pelaksanaan PdPc dengan:
i. menyediakan RPH yang mengandungi objektif yang boleh diukur dan aktiviti pembelajaran yang sesuai
ii. menentukan kaedah pentaksiran dalam PdPc
iii. menyediakan ABM/BBM/BBB/TMK.
4 Tindakan dilaksanakan:
i. mengikut pelbagai aras keupayaan murid
ii. mengikut peruntukan masa yang ditetapkan
iii. dengan mematuhi ketetapan kurikulum/arahan yang berkuat kuasa.
3 Guru merancang pelaksanaan PdPc bagi perkara (i) dan (ii). 3 Tindakan dilaksanakan dengan mengambil kira perkara (i) dan (ii) atau perkara (i) dan (iii).
2 Guru merancang pelaksanaan PdPc bagi perkara (i) dan (iii). 2 Tindakan dilaksanakan dengan mengambil kira perkara (ii) dan (iii).
1 Guru merancang pelaksanaan PdPc bagi sekurang-kurangnya satu (1) perkara di atas. 1 Tindakan dilaksanakan dengan mengambil kira mana-mana satu (1) perkara di atas.
0 Guru tidak merancang pelaksanaan PdPc. 0 Tidak mengambil kira mana-mana perkara di atas.

Bagaimana cara untuk mendapat markah penuh di bawah aspek 4.1 Guru Sebagai Perancang?

Sebenarnya anda boleh rujuk pada rubrik yang telah disediakan di atas. Sekiranya anda telah membuat RPH yang lengkap, yang mempunyai objektif dan aktiviti, menentukan kaedah pentaksiran, membuat ABM, BBM, BBB, dan TMK, anda telah mempunyai tahap tindakan.

Manakala pelaksanaan yang perlu dibuat adalah, mengikut pelbagai aras murid, jangan hanya buat untuk murid yang pandai sahaja. Mengikut peruntukan masa yang telah ditetapkan dan mematuhi ketetapan kurikulum arahan dan berkuat kuasa.

Semoga info berkaitan borang standard 4 ini dapat membantu anda memahami penggunaannya. Sila share dan save.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here