Menteri Kanan Pendidikan Dr. Radzi Jidin dijadualkan akan mengadakan sidang media berkenaan pengoperasian sekolah pada ketetapan berikut:
Tarikh: 12 September 2021 (Ahad)
Masa: 3 Petang
Sidang media boleh ditonton di semua saluran utama televisyen, youtube dan Facebook rasmi Dr. Radzi Jidin.
Beliau dijangka akan mengumumkan tarikh terkini pembukaan sekolah dan pelajar yang terlibat.
Memandangkan jumlah penerima vaksin dari kalangan guru yang sudah hampir mencapai keseluruhan, pembukaan sekolah secara bersemuka dijangka akan diumumkan secara terdekat. Walau bagaimanapun pada peringkat awal, pelajar yang dijangka akan mula bersekolah adalah pelajar yang berada di kelas peperiksaan.
Ia juga adalah berdasarkan kepada penilaian risiko dari Kementerian Kesihatan Malaysia dan Majlis Keselamatan Malaysia (MKM).
SOP pembukaan sekolah juga dijangka akan ditambah baik oleh Kementerian Pendidikan Malaysia, mengikut standard yang lebih tersusun dan berhati-hati.
Kita berharap semua yang terlibat dalam pembukaan sekolah khususnya dari kalangan Pentabir, Guru, Pelajar dan Ibu bapa dapat memberi kerjasama yang baik dengan mematuhi segala peraturan yang telah ditetapkan.
Semoga usaha yang dilakukan ini akan dirahmati dan diberkati Allah SWT. Didoakan juga kita dilindungi dari penyakit berjangkit atau apa-apa yang merbahaya dalam hidup kita.









