Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PDPR) merupakan perkara yang wajib dititik beratkan buat masa ini terutamanya sepanjang musim pandemik dan dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan ini.
Pelbagai cara yang dilakukan oleh guru-guru bagi memastikan sesi PDPR dapat dijalankan dengan baik, ada yang membuatnya secara atas talian, ada luar talian, dan ada juga yang memberi modul kepada murid-murid terutamanya yang tidak mempunyai peranti dan capaian internet.
Di sini, Pendidik2u ingin kongikan beberapa aplikasi Whiteboard atau Papan Putih yang boleh digunakan secara atas talian.
Penggunaan Whiteboard ni sememangnya sinonim dengan guru, kerana ia memudahkan guru untuk menulis secara digital, kalau anda menjadi guru mungkin anda rasa tidak puas jika tidak dapat “menconteng” slide yang kita paparkan.
Guru kebiasaannya akan memaparkan Slide atau Buku Teks Digital, tetapi perlu juga papan putih untuk kita membuat huraian atau jalan kira seperti operasi Matematik.
Terdapat pelbagai Whiteboard yang boleh digunakan sebenarnya, kita boleh pilih yang mana serasi dan bersesuaian dengan kita dan peranti yang kita ada.
Berikut adalah beberapa Aplikasi Whiteboard yang menjadi pilihan guru-guru:
Microsoft Whiteboard
Microsoft Whiteboard adalah aplikasi papan putih digital di bawah Microsoft, ia boleh digunakan secara percuma sahaja bagi yang mempunyai akaun delima atau yang mempunyai akaun langganan Office 365. Microsoft Whiteboard boleh digunakan secara online dan juga offline, antara kelebihannya ialah ia mempunyai paparan kanvas yang besar, boleh zoom in dan zoom out.
Ia juga boleh dihubungkan dengan pelajar-pelajar, untuk turut sama menulis di Whiteboard secara live. Bagi mereka yang mempunyai Surface, aplikasi ini adalah antara salah satu aplikasi pilihan mereka.
Google Jamboard
Google juga mempunyai Whiteboard nya yang tersendiri, iaitu Jamboard. Ia juga menjadi pilihan terutamanya ketika membuat sesi Google Meet bersama pelajar-pelajar kerana aplikasi ini juga boleh dihubungkan bersama GM. Apabila kita ‘share’ kepada pelajar mereka juga boleh tulis di Jamboard secara interaktif.
Whiteboard.fi
Whiteboard.fi sebenarnya adalah sebahagian dari Kahoot! Group, tentu anda pernah mengetahui tentang Kahoot! bukan, salah satu aplikasi kuiz online yang popular. Whiteboard.fi boleh digunakan secara percuma dan ada juga versi berbayar.
OneNote
OneNote juga merupakan salah satu aplikasi yang terdapat di dalam Microsoft Office, ia boleh digunakan juga sebagai Whiteboard Digital. Ia juga dilengkapi dengan menu untuk membuat simbol-simbol lain khususnya simbol dalam subjek Matematik.
Webwhiteboard.com
Webwhiteboard juga boleh digunakan sama seperti whiteboard lain, cuma Webwhiteboard ini hanya kekal selama 24 jam sahaja untuk versi percuma.
Peranti Tambahan yang Diperlukan
Bagi memastikan anda dapat menggunakan whiteboard semaksima mungkin, beberapa peranti diperlukan bagi memudahkan anda menulis di whiteboard. Ada yang mahal dan ada juga yang mampu milik:
Microsoft Surface Pro / Microsoft Surface Go
Terdapat pelbagai version dan harga mengikut spesifikasi yang anda mahu, kelebihan surface adalah ia menggunakan sistem operasi windows, ia bolehlah diibaratkan seperti sebuah laptop/pc yang dinipiskan. Kelebihan Surface ia mempunyai Active Pen yang sangat smooth, menariknya Pen Surface ini jika kita hendak memadam tulisan hanya perlu padam guna tombol belakang pen sahaja, tidak perlu klik pada skrin. Ia disebut sebagai peranti kayangan, namun sangat berpuas hati menggunakannya.
Ipad Pro / IPad Air
Ipad terkenal dengan kepantasan dan kelancarannya, jika anda memang berada dalam ekosistem Apple, anda sesuai memakainya, terdapat pelbagai aplikasi lain yang menarik boleh anda gunakan di dalam Ipad ini. Harganya juga bergantung kepada version dan spesifikasi yang anda mahu. Namun begitu jika anda kurang memahami sistem ios, mungkin akan mengalami sedikit kesukaran, terutamanya yang tidak menggunakan Iphone dan sudah biasa menggunakan Windows atau Android.
Tablet: Samsung Galaxy Tab 7 Plus / Samsung Galaxy Tab
Tablet daripada Samsung ini juga antara Tablet versi Android yang sesuai untuk digunakan sebagai peranti tambahan, ia juga dilengkap dengan Pen nya tersendiri, dan boleh juga guna Pen lain yang menyokongnya.
Drawing Pad / Writing tab
Peranti ini juga popular di kalangan guru, kerana harganya yang mampu milik, ia juga boleh dihubungkan dengan laptop atau komputer anda bagi memudahkan anda menulis di skrin. Namun untuk versi yang murah ia tiada paparan skrin di Writing Pad kita. Walau bagaimanapun ia tetap boleh digunakan untuk menulis dengan baik. Antara jenama yang popular seperti Huion, Wacom dan sebagainya.
Semoga info dan maklumat ini dapat membantu anda dalam menjadikan sesi pdpr anda lebih menarik dan berkesan. Mungkin terdapat lagi whiteboard yang menarik yang tidak disenaraikan, jika ada akan ditambah dari masa ke semasa. Sila kongsikan sekiranya bermanfaat.